Friday, April 10, 2009

Cara Memotong Kuku


Sape yg tak tau cara2 nak potong kuku,meh kita blajar.Kat sini ada hari2 yang patut kita potong kuku n hari2 yg patut kita hindarkan dr memotong kuku.I get this info from email.But sblm dapat pun i dah praktikan cara ni lama lg.since zaman skolah2.now dah ada..i nak jadikan koleksi artikel dlm blog ni.

RASULULLAH S.A.W BERSABDA YANG ERTINYA:


• Hari Sabtu :
Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk
kepadanya penyakit.

• Hari Ahad :
Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.

• Hari Isnin :
Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat

• Hari Selasa :
Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

• Hari Rabu :
Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.

• Hari Khamis :
Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.

• Hari Jumaat :
Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk
kepadanya rahmat daripada Allah Taala.


Nak potong kuku ada adabnya selain ikut hari, kita juga perlu buang kuku tu pada tempat yang tidak kotor sebagaimana yang diajar, seelok-eloknya buang ke tanah kerana kita juga adalah unsur tanah.

Mulakan kerat kuku tu mulai dengan Bismillah dan selawat Nabi dan kerat start jari telunjuk sebelah kanan sampai habis tangan kanan, kemudian jari kelingking sebelah kiri sampai ibu jari tangan kiri dan Last sekali ibu jari tangan kanan.

Kalau kaki pula, mulakan dengan jari kelingking kaki kanan sampai kelingking kaki kiri. Itulah sunnah yang paling kuat dipegang selama ini walaupun ada banyak khilafnya.

Wednesday, April 1, 2009

Im @ B@Li

@ Denpasar Airport,Bali.Udah Selamat Sampei...
@ Uluwatu.Lepas tu nak tgk sunset plak.

Eee,takutnya.Tinggi tu.

Banyak ooo monyet2 kat sini.Beware of Monkey ! Haha !! Kena jaga2 ngn harta benda yg kita pegang, especially sunglasses.Nanti monyet2 kat sini ambik.

Kecak Dance...Interesting.
Sunset @ Uluwatu...

Otw for breakfast..
Cantik kan ukiran tu...Mcm nak 1...

Nak jgk posing yg ntah pa pe..Tp tetap macho lah.Hahahah.Jangan marah ye bang..

@ Legian Beach...


Lepas penat berjalan kat beach td,kitorang singgah Food Court kat sini.Susah benor nak mencari HALAL.Sbb orang sana makan b**i guling.Lgpun tourist from Ausi n Japang banyak kat sana.Tgk kedai ni siap 100% halal lg.Bleh caya ke?Takpe,gunakan tanpa was-was.Malam ni kitorang rasa ketam di Bali.Masak pedas.Mak aii...punya la keras cengkerang dia.Langsung x leh gigit ngn gigi.Kalo kat Malaysia i dah gigit2 kulit tu kasi hancus.Ni x blh gigit terus,kalau i paksa gak gigit,i rasa gigi i yg akan hancus.HuhUHu~

Urut 'time'...Kaki dah sakit jalan2 pusing Legian Beach td.So,kena la urut.Tu pun,kaki i dah melecet sikit.Sana foot massage murah Rp 60,000 = RM20 lbh kurang ngn duit kita.I bab2 urut kaki ni mmg suka.Best.



@ Wood Carving.Ukiran kayu kat sini semua cantik2.My Husband just beli ashtray.Patung2 x dibenarkan beli coz dia x bg letak dalam rumah.


Cantik kan permandangan kat sini.We r @ Kintamani.Yang sebelah kiri tu Volcano.Masih aktif lg.Kat kaki volcano tu ada tasik.Cantik.Dr jauh nampak air kaler biru keijo'an gitu..



Sejuk kat atas ni...Dengan angin yg bertiup lg.



Sunset @ Pantai Jimbaran.Cantiknya..Di Bali,pukul 6.15pm dah gelap.Mcm malam.Nasib kitorang rushing2 jgk pegi Jimbaran ni.Kalau tak,mesti x sempat nak tgk sunset.Ni salah satu tempat yg wajib kita datang bila bercuti ke Bali.



Sebelum makan pun sempat lagi bergambar.Perut sebenarnya dah lapar tu...Tp muka tetap maintain senyum.




Ni la menu i ngn husband malam tu.Ada udang,Ikan ntah tatau ikan apa,Sayur n satu lagi tu mcm kepah je.Hihihi...Kat sana diorang panggil kerang.



Suasana malam di Pantai Jimbaran,Bali.Nampak cantik sangat..



Hie..Hie..Bye..Byee..Cuaca di Bali agak panas jgk.Minah Saleh kat belakang tu x reti panas agaknya.Eden ni dah berpoluh badan2..



Lagak seorang yg macho berjalan di tgh panas.Saat2 terakhir jalan2 utk beli gift buat saudara2 n teman2 di KL.



Haaa,kuda putih.Hensem kuda tu kan.Kalau di Bali,kereta kuda they call it as "DOKAR"


Brapa ntah ratus ribu rupiah ntah kalo nak naik.Lupa plak fees dia.Tapi mmg bestlah.Putar2 sekitar Legian dengan Dokar.

Malam2 Terakhir..Menghabiskan masa di Galuh Bali Spa.Best Woo !! Tak lengkap rasanya,kalau ke Bali tp tak menjejakkan kaki ke spa.Spa di sana murah2.Pakej seluruh badan baru dlm RM100++/per person.Kalau di Malaysia,hurmm mau dalam RM300/person.
Ni lah bilik spa i...Sempat lg posing ala2 model gitu ;)

Rahsia Cara Wanita Berjalan

Mungkin selepas ini ramai lelaki akan melihat cara wanita berjalan dan mungkin selepas ini ramai wanita akan serba-salah jalannya kerana menyedari ramai lelaki sedang memperhatikan mereka! Jadi apakah nasihat kami kepada kaum wanita? Jangan berjalan..

Mengenai cara berjalan, ianya ada kaitan juga dengan 'mood' kita pada ketika itu. Kalau berjalan di tempat sunyi, mungkin langkah kita lebih cepat. Kalau berjalan bersama ' awek' mungkin dada kita nampak besar sedikit dan perut kita nampak kempis sedikit. Si 'awek' pula, mungkin goyangnya lebih sedikit. Bila kembali berjalan seorang, di masa itulah mungkin kita akan dapat lihat cara berjalan mereka yang sebenar, itu pun kalau mereka ini tidak perasan bahawa mereka sedang diperhatikan!

Sebenarnya asyik melihat cara wanita berjalan kurang manis untuk dilakukan dan mungkin anda akan dicubit, apatah lagi jika anda lelaki yang sudah berumur dan sedang berjalan dengan isteri anda. Artikel ini menarik juga kerana ia mengupas rahsia personaliti wanita berdasarkan cara mereka berjalan.


--------------------------------------------------------------------------------

1. Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah.. Golongan wanita yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita yang tidak jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap egonya.. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

2. Jika berjalan, sering menoleh ke kanan and kiri. Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri,dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Konon wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

3. Jika berjalan suka menunduk. Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya... Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan
kehidupan cinta.. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

4. Jika berjalan menatap lurus ke depan. Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan imannya.. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas.

5. Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri. Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

6. Jika berjalan badan tampak tegak. Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.

7. Jika berjalan seperti zirafah. Maksudnya, ketika melangkahkan kaki ,badannya ia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.

Wallahua'lam.




sumber : email