Tuesday, March 10, 2009

Panas Baran

Sumber i-Kon http://www.beritaharian.com/

Panas baran @ `kepala angin’ @ `naik hantu’ yang disebabkan kesukaran menangani perasaan marah boleh menyebabkan seseorang itu hilang malu, sanggup bertindak di luar batasan dan tidak mustahil boleh mencederakan orang lain.

Perasaan marah yang tidak terkawal boleh memusnahkan apa saja. Islam sendiri memuji umatnya yang dapat mengawal perasaan marah. Sikap marah adalah antara pintu syaitan datang masuk ke hati manusia.

Nabi Muhammad SAW pernah berpesan tiga langkah mengatasi rasa marah. Pertama, mengawal lidah iaitu berdiam diri dan mengubah posisi (misalnya, jika berdiri hendaklah duduk), mengambil wuduk dan beristighfar serta membaca al-Quran.Temubual bersama Pakar Psikologi Sosial, Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Aminuddin Mohd Yusof

Adakah semua orang memiliki sifat panas baran?
Sifat pemarah adalah suatu emosi manusia normal. Namun ia bergantung kepada setiap individu yang menterjemahkan rasa marah masing-masing.

Adakah faktor jantina dan keturunan mempengaruhi?
Ada suatu pandangan yang menganggap faktor genetik iaitu baka keturunan turut mempengaruhi sifat mudah marah dan memberontak. Ada juga pandangan yang mengatakan panas baran dikaitkan dengan faktor perkembangan kanak-kanak dari kecil lagi seperti mudah resah dan marah. Mengenai faktor jantina, saya tidak pasti tetapi mungkin faktor budaya menjadikan lelaki lebih mudah meluahkan rasa marah.

Siapa lebih cepat marah? Lelaki atau perempuan?
Tiada data yang menunjukkan sama ada lelaki atau perempuan lebih cepat marah. Namun, daripada pandangan saya, lelaki lebih rendah daya toleransi menyebabkan mereka dilihat lebih mudah mengekspresikan sifat marah.Apakah yang mendorong sifat panas baran?Keadaan sekitar dan rasa dikecewakan menyebabkan timbulnya perasaan marah yang mengakibatkan individu itu dikategorikan sebagai panas baran.Kesan buruk panas baran?Kemarahan yang tidak dapat dikawal bukan saja menyebabkan individu itu dijauhi orang sekeliling tetapi mereka sendiri terdedah dengan serangan darah tinggi dan migrain.

Langkah terbaik menangani sifat panas baran?
Kita boleh cuba memberikan sudut pandangan positif tanpa sesekali menimbulkan kemarahan. Buat individu panas baran sendiri, bawalah bertenang dan cuba mengawal perasaan marah daripada dalam diri dan tarik nafas dan cuba tenangkan diri perlahan-lahan.

Nasihat Prof kepada remaja yang mudah memberontak dan mudah marah?
Saya berpendapat, remaja perlu belajar untuk menjadi masyarakat yang bertamadun - mengamalkan sikap bertolak ansur dan boleh hidup secara aman dan harmoni mewakili tamadun itu sendiri.

Punca Panas Baran
# Perilaku agresif # Gejala sosial # Emosi # Masalah kewangan/ keluarga # Ego # Tekanan perasaan # Faktor didikan # Bebanan kerja # Faktor persekitaran

10 Risiko Individu Panas Baran
# Dipulaukan masyarakat sekeliling # Jiwa kosong (murung) # Hilang pekerjaan/jawatan # Perceraian # Kemalangan # Pergaduhan # Kesalahan jenayah # Melakukan penderaan # Tekanan perasaan # Penyakit kronik (darah tinggi, migrain)

Alkisah panas baran...

Cerita 1:WASHINGTON:
Presiden George W Bush dilaporkan terpaksa mengambil ubat antitekanan yang kuat bagi mengawal tingkah lakunya yang panas baran, masalah kemurungan serta ‘paranoia’ - sejenis gangguan mental yang dialaminya.Sebuah perkhidmatan media Amerika Syarikat memetik sumber rapat Rumah Putih mendedahkan baru-baru ini, ubat yang diselia pegawai perubatan Bush, Kol Richard J Tubb, sebaliknya boleh menjejaskan keupayaan mental serta kemampuan pemimpin Amerika itu ketika berdepan krisis.

Cerita 2:KUALA LUMPUR:
Seorang lelaki memberitahu Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, dia tidak sengaja menceraikan isterinya kerana tidak dapat mengawal perasaan marah selepas dimarahi pegawai atasannya. Lelaki berusia 42 tahun itu pulang ke rumah selepas dimarahi oleh pegawainya berikutan dia datang lewat.Dalam keterangannya, dia berkata, pada 4 Januari 2001, kira-kira jam 12 tengah hari, dia melafazkan lafaz cerai yang berbunyi ‘saya ceraikan awak’ kepada isterinya, di rumah mereka.

Senyumlah...
PERCAYA atau tidak dengan senyuman ia mampu meredakan tekanan, sekali gus membantu seseorang yang bermasalah atau dalam keadaan tertekan. Malah, bercakap dan berbual dengan tenang mampu meredakan fikiran yang serabut.Saintis berpendapat, wujud hubungan antara otot pada wajah yang digunakan untuk senyum dan satu kawasan dalam otak yang membebaskan satu bahan kimia saraf (neurotransmitter) merangsang menenangkan fikiran.Di samping itu, kajian mendapati individu yang mempunyai daya komunikasi tinggi kurang mengalami tekanan berbanding individu yang kurang kebolehan berkomunikasi.Dengan mempunyai daya berkomunikasi, anda bukan saja mengurangkan tekanan tetapi juga kekecewaan, kemarahan dan ketidakpuasan diri.Anda juga harus suka mendengar dan berupaya mendengar serta memahami.

Di sini, i-Kon memberikan TIPS untuk menghilangkan tekanan dan sikap mudah marah.
# Ikuti latihan dan kegiatan sukan
Kajian menunjukkan individu menumpukan kegiatan luar mempunyai tekanan darah yang sempurna dan kurang berisiko mendapat sakit jantung.
# Meningkatkan kekerapan bersenam
Aktiviti bersenam bukan saja mengurangkan paras keresahan, tetapi uga mengurangkan muram dan rasa rendah diri. Bersenam adalah unsur paling perlu dalam mana-mana program antitekanan.
# Ubah gizi (diet) pemakanan
Ramai pakar pemakanan berpendapat, menambahkan berat badan menambahkan beban yang lebih pada sistem biologi badan dan saraf minda anda. Merubah gizi yang lebih menyihatkan membantu anda lebih cergas, lebih bertenaga dan lebih berkeyakinan.
# Kurangkan minum alkohol
Walaupun ramai berpendapat meminum alkohol adalah cara untuk mengurangkan tekanan, kajian mendapati minum alkohol lebih daripada dua auns setiap hari boleh menyebabkan tekanan darah meningkat, jiwa kurang stabil seperti panas baran, fungsi sel otak kurang cergas dan akhir sekali paras tekanan meningkat.
# Minum satu cawan kopi
Kafein adalah bahan perangsang yang dianggap berbahaya pada kesihatan. Ia boleh menyebabkan seseorang terangsang dan jika berlebihan menimbulkan keresahan, mengganggu ketenangan minda dan mempercepatkan degupan jantung.
# Berhenti merokok
Individu yang berhenti merokok mendapati fungsi paru-paru menjadi lebih baik pada masa beberapa hari saja. Anda dapat berasakan ernafasan lebih licin dan selesa kerana udara meresap ke saluran darah lebih berkesan.
# Berfikiran positif
Belajar menyampaikan kemarahan secara positif dan terhormat; elak daripada memekik atau bertindak garang. Kemarahan yang dilihat secara positif boleh menjadikan tekanan bertukar kepada kekuatan.

Sunday, March 8, 2009

Lagi 1 minggu....

Dalam sedar x sedar, tinggal lagi 1 minggu je aku akan diijabkabulkan.Macam x percaya je betul ke aku dah nak kawin ni?Preparation utk hantaran...basicnya aku dah siapkan,tinggal utk hiasan je yg sikit2 je..Dadaku dah start rasa berdebar2.Mcm mana la nak hadapi hari bersejarah tu nt.Harap2nya semua berjalan dgn lancar.

Wednesday, March 4, 2009

Apa Yang Lelaki Suka


1. Sikap kelakar
2. Budi pekerti dan kesopanan
3. Murah hati
4. Senyuman manja
5. Pandai memasak
6. Penampilan/imej yang sesuai dengan citarasanya
7. Tak mudah naik angin
8. Wanita yang mengambil berat tentang lelaki
9. Sikap keibuan
10.Pandai membawa diri.
11.Tak kekok dibawa ke mana pun
12.Boleh dibawa berbincang dan memberi pendapat
13.Memberi sokongan moral dalam apa jua usaha yang dilakukan lelaki
14.Tak memperkecilkan kelemahan lelaki sebaliknya menerima seadanya diri lelaki
15.Sentiasa berada di sisinya saat duka dan gembira
16.Tahu bersyukur
17.Pandai berjimat-cermat
18.Tak mengharapkan lelaki dalam semua hal
19.Mempunyai keyakinan diri yang tinggi
20.Tahu menjaga maruah diri & keluarga

Tuesday, March 3, 2009

Petua Jika Terlekat Tulang

Jika terlekat tulang

Celupkanlah jari ke dalam madu lebah.Dengan berselawat sebnyak 3 kali, masukkan jari ke dalam mulut dan hisapkanlah jari itu perlahan-lahan. Insya-allah, tulang yan g melekat itu akan keluar dengan mudah

Khasiat Sayur

Cili Merah Hindar Darah Beku


Cili merah atau nama saintifiknya Capsicum annuum yang berasal dari keluarga Solanaceae ini merupakan sejenis cili berisi tebal berwarna merah atau hijau dan mengeluarkan hasil sepanjang tahun. Ia mengeluarkan buaga kecil yang bertukar menjadi buah pada setiap ranting daun. Cili merah kaya dengan vitamin C, vitamin A dan zat-zat galian seperti besi, kalsium, fosforus, sodium dan potasium. Sayuran ini dikatakan bernilai dari segi kesihatan untuk meredakan kesakitan yang ada kaitan dengan kegemukkan. Ia juga baik untuk pengedaran darah dan boleh mengatasi masalah sakit kerongkong. Cili merah mengandungi sejenis bahan yang menghalang sel-sel darah daripada bergumpal dan sekaligus menghalang sejenis penyakit darah beku yang dikenali sebagai trombosis


Brokoli Hindar Osteoporosis

Osteoporosis adalah sejenis penyakit yang kerap menyerang kaum wanita pada usia 35 hingga 50 tahun. Tanda paling ketara wujudnya penyakit itu ialah sakit kaki dan belakang kerana kekuatan tulang di bahagian berkenaan merosot di bawah tahap yang sewajarnya. Amalan mempertingkatkan kalsium dan mengurangkan protein dan fosforus adalah di antara petua-petua untuk menghindar, mengawal atau mengubati osteoporosis. Pengambilan makanan yang kaya dengan protein boleh menyebabkan tubuh kehilangan zat-zat galian, terutamanya kalsium yang penting untuk pembinaan tulang. Lantaran itu brokoli sejenis sayuran berdaun amat sesuai untuk menghindari penyakit ini kerana kandungan vitamin Knya yang dapat mengurangkan kehilangan kalsium, di samping membantu tubuh badan menyerapnya dengan lebih berkesan


Tomato Cegah Barah Prostat

Tomato, yang dikenali dengan nama sainsnya Lycopersicon esculentum, juga merupakan sejenis sayuran yang digemari ramai. Ia lazat dimakan mentah atau dimasak dalam pelbagai jenis hidangan. Tomato yang juga berasal dari keluarga Solanaceae, kaya dengan zat galian, serat serta vitamin A dan C yang diperlukan untuk mengekalkan kecergasan. Ia juga baik untuk melicinkan kulit dan merupakan salah satu bahan awet muda yang penting. Satu kajian terbaru di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa pigmen merah yang terdapat pada kulit tomato mengandungi sejenis bahan yang dikenali sebagai lycopene yang boleh mengurangkan risiko dikalangan kaum lelaki daripada mendapat penyakit barah prostat. Kajian itu juga menyatakan bahawa dengan memakan 10 biji seminggu dapat mengurangkan risiko penyakit itu sehingga 45 peratus


Bendi untuk Kecergasan Otak
Bendi juga merupakan sayur tempatan yang banyak ditanam di negara-negara yang beriklim panas dan lembab. Berdasarkan kajian tempatan yang dilakukan, bendi mengandungi sebanyak dua peratus protein, tujuh peratus karbohidrat dan satu peratus serat. Selain itu bendi juga kaya dengan zat galian dan vitamin terutamanya kalsium. Lantaran itu ia merupakan sayur yang elok untuk perkembangan otak. Dalam bidang perubatan, bendi digunakan sebagai perangsang buangan air kecil, berkesan untuk merawat gonorea, sifilis serta bengkak saluran kerongkong dan hidung


Bawang Putih halang Darah Tinggi dan Kanser

Bawang putih telah dikenal pasti dapat memecahkan kolesterol yang menyekat perjalanan darah pada salur darah. Kolesterol inilah yang menjadi punca penyakit darah tinggi. Bawang putih atau Allium sativum nama sainsnya juga membantu menyegarkan pernafasan sekalipun di tempat yang banyak karbon monoksida (asap kenderaan). Sayuran ini juga dapat menghindarkan seseorang daripada diserang kanser kerana kandungan mineralnya membantutkan ketumbuhan tumor dalam tubuh manusia. Di Korea contohnya, peratus pengidap darah tinggi begitu rendah sekali dan ini dikaitkan dengan amalan menjadikan bawang putih sebagai ulam setiap kali mereka makan