Wednesday, July 14, 2010

Cara Betul Makan Buah-buahan

CARA YANG SALAH

Kebanyakan daripada kita makan buah sebagai pemanis mulut atau ‘dessert’ selepas makan menu utama seperti nasi atau roti. Tekstur buah yang lembut menjadikannya senang dihadamkan berbanding nasi, daging, roti dan makanan lain yang biasa dijadikan hidangan utama. Buah terhadam akan tersekat dan akan terfermentasi sementara menunggu makanan berat dihadamkan. Fermentasi ialah proses pemecahan molekul berat karbohidrat kepada molekul ringkas oleh bakteria. Proses fermentasi akan menghasilkan asid dan gas dalam perut. Apabila buah terfermentasi bercampur dengan keseluruhan makanan dan jus-jus pencernaan, keseluruhan makanan akan rosak. Gas pula akan menyebabkan kembung perut.

CARA YANG BETUL

Makan buah apabila perut kosong atau sebelum mengambil hidangan utama. Cara ini sebenarnya adalah amalan RASULULLAH S.A.W. Apabila anda mengamalkan pemakanan buah yang betul, sistem penghadaman anda akan dinyahtoksin seterusnya memberikan bekalan tenaga yang mencukupi untuk proses penurunan berat badan dan aktiviti yang lain.

Sebaik-baiknya anda makanlah keseluruhan buah kerana ia akan membantu proses penghadaman, mengelakkan sembelit dan menyumbangkan vitamin dan mineral kepada badan anda. Buat jus buah sendiri kerana jus di pasaran sudah diproses dengan haba dan bahan kimia. Haba mungkin merosakkan nutrien dalam buah dan bahan kimia mungkin akan memudaratkan kesihatan anda.

Saturday, July 10, 2010

Panduan Menyediakan Makanan Bayi

baby-makan


Selain ibu, bayi anda perlu dijaga dari segi pemakanannya.

Ikuti tip-tip yang berikut;

1. Garam, gula atau sebarang perasa tambahan adalah dilarang untuk ditambah ke dalam sebarang makanan bayi berusia bawah 18 bulan kerana organ dalaman bayi masih belum bersedia untuk memproses bahan-bahan tersebut. Walaubagaimanapun, sekiranya bayi telah berusia 1 tahun, anda boleh memberi anak anda sekadar merasa makanan orang dewasa seperti kek, muffin, ayam goreng, atau puding. Ingat, sekadar merasa tetapi bukan untuk kenyang.

2. Hanya 2 keping ikan bilis sahaja yang diperlukan sebagai perasa bagi bubur bayi. Ikan bilis tersebut bolehlah digoreng tanpa minyak, ditumbuk dan tabur dalam bubur bayi anda.

3. Buah-buahan citrus seperti oren, anggur dan limau limau tidak digalakkan diberi kepada bayi berusia bawah 1 tahun. Begitu juga dengan yogurt dan telur.

4. Buah tembikai adalah buah yang baik dan boleh diberikan kepada bayi mengikut cara yang sesuai. Begitu juga dengan keledek dan labu.

5. Air yang ditapis (bukan mineral water) adalah lebih baik diberikan kepada bayi dibandingkan dengan air yang tidak ditapis.

6. Air teh dan kopi tidak dibenarkan diberi kepada anak berusia bawah 4 tahun.

7. Bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya, masa yang paling sesuai untuk mula makanan ialah ketika berusia 6 bulan manakala bayi yang menyusu formula, bergantung kepada kehendak bayi (4-6 bulan). Ada pelbagai tanda yang ditunjukkan oleh bayi seperti sentiasa lapar dan tidak cukup dengan hanya menyusu dan mengecap seolah-olah ingin merasa apabila melihat orang makan.

8. Bagi memperkenalkan bayi tentang cara makan, ketika bayi berusia 5 bulan, anda boleh mula makan di hadapan bayi. Bayi anda akan menonton anda makan dan sekaligus akan faham apa yang anda lakukan.

9. Semasa memberi makan kepada bayi, pastikan anda menunjukkan muka yang gembira dan jadikan aktiviti makan sebagai sesuatu yang menyeronokkan dan bukan paksaan. Sebaik-baiknya, anda juga turut makan sedikit makanan tersebut kerana bayi akan mengikut apa yang ibu/ bapanya lakukan.

10. Makanan yang diawet seperti fruits puree yang boleh didapati di pasar raya adalah tidak sesuai diberi kepada bayi kerana mengandungi bahan pengawet yang tinggi. Jangan terpedaya dengan label makanan yang menyatakan ‘no preservative’ atau ‘no sugar added’.

11. Untuk menghilangkan bau hanyir pada ikan, perap ikan dengan asam jawa selama 15-20 minit dan basuh ikan sebelum disediakan sebagai makanan bayi.

12. Gunakan minyak bunga matahari, carotine atau minyak zaitun bagi makanan bayi kerana ia lebih berkhasiat berbanding minyak biasa.

13. Untuk memastikan bayi tidak allergy kepada sejenis makanan, cuba beri bayi makan dalam kuantiti yang sedikit selama 4 hari berturut-turut terlebih dahulu bagi melihat kesannya kepada bayi.

14. Cara yang paling baik memasak makanan bayi ialah dengan api yang kuat tetapi sebentar.

15. Ibu/ bapa perlu kreatif dalam menyediakan makanan bayi

Friday, July 9, 2010

Tahap Pemakanan Bayi

SUSU ibu adalah makanan yang terunggul bagi bayi kerana ia mengandungi semua keperluan untuk tumbesaran bayi yang optimum. Bagaimanapun, bagi memastikan bayi menikmati kadar tumbesaran yang bersesuaian, ibu bapa dinasihatkan memberikan si kecil makanan pejal khusus untuk keperluan bayi bermula pada usia enam bulan.

Memberikan bayi makanan sebelum usia itu tidak digalakkan kerana pemberian susu ibu termasuk yang dicampur dengan pengambilan susu formula sudah memadai. Malah, kajian mendapati sebelum berusia enam bulan, penghadaman bayi belum sesuai untuk makanan selain susu.

Bagaimana corak pemakanan yang bersesuaian untuk bayi pada peringkat umur berkenaan? Makanan awal yang selalu disyorkan ialah bijirin beras ditambah zat besi khas untuk bayi sebab ia mudah dicerna.

Pengurus Perniagaan Negara Nestle Nutrition, Norean Sayers, berkata pemakanan bayi tidak boleh dipandang ringan kerana tumbesaran setiap kanak-kanak berkait rapat dengan pengambilan makanan seimbang yang bersesuaian dengan setiap peringkat umur.

\"Dari usia enam bulan, perlindungan daripada ibu kepada si manja mulai berkurangan. Sistem pertahanan semula jadi si manja mulai lemah ketika usia ini. Bijirin bayi yang bersesuaian dengan tahap umur bayi berkenaan harus difahami setiap golongan ibu. Pendedahan mengenai pemakanan bayi yang bersesuaian harus diperkenalkan,\" katanya Norean berkata, menyedari pendedahan yang kurang mengenai asas penting dalam pemakanan bayi, Nestle mengadakan satu pameran bas bergerak yang dinamakan Bas Dunia Si Manja merentasi kawasan luar bandar di seluruh negara.

Program itu bertujuan memberi pendedahan pembelajaran kepada golongan ibu terutama di luar bandar yang mana mereka boleh mendapatkan maklumat mengenai empat tahap perkembangan pemakanan anak, dan kepentingan BL Bifidus, probiotik yang baik untuk bayi.

Pelbagai kajian dilakukan Nestle membawa kepada pengenalan bijirin bayi Nestle Cerelac yang menyediakan asas pemakanan bayi membabitkan empat tahap atau peringkat utama asas pemakanan bayi.

Bijirin bayi dengan BL Bifidus membantu si manja mengekalkan sistem penghadaman yang baik, menyokong penyerapan nutrien penting yang optimal, seperti zink, zat besi dan vitamin A serta C yang membekalkan kebaikan semula jadi diperlukan untuk tumbesaran.

Tahap pemakanan bayi berbeza mengikut peringkat umur bayi. Mereka mula diperkenalkan dengan makanan pejal selepas mencapai peringkat umur enam bulan ke atas diikuti lapan bulan ke atas dan satu tahun ke atas. Pada tahap ini corak pemakanan mereka berbeza mengikut peringkat umur.

INFO

Tahap Satu - Enam bulan ke atas
  • Membantu peralihan si manja daripada susu kepada mula menikmati makanan pejal pertama.
  • Bijirin bayi Nestle Cerelac tahap satu diperbuat daripada bijirin semula jadi yang hampir tidak langsung menimbulkan sebarang kesan alahan. Menerusi proses CHE yang menguraikan karbohidrat dengan mudah, ia bukan saja lazat, malah mudah untuk dihadam.
  • Pada peringkat ini, antibodi di dalam badannya mungkin semakin berkurangan disebabkan si manja terdedah kepada pelbagai risiko. Tambahan BL Bifidus pada peringkat satu, mengoptimumkan penyerapan nutrien penting bagi menyokong perkembangan sistem pertahan.
Tahap Dua - Enam bulan ke atas
  • Selepas beberapa minggu si manja diperkenalkan dengan makanan pejal pertamanya, galakkan perkembangan cita rasa si manja dengan meneroka pelbagai rasa.
  • Bijirin bayi Nestle Cerelac tahap dua didatangkan dengan berbagai jenis bahan termasuk rasa baru buahbuahan dan sayur-sayuran. Makanan pejal pertama yang lembut ini sesuai untuk si manja.
  • Dengan meneroka tekstur objek yang dimasukkan ke dalam mulutnya, si manja terdedah kepada pelbagai risiko berbanding sebelumnya, seperti jangkitan pada usus yang boleh mengakibatkan cirit-birit. BL Bifidus pada peringkat dua membantu meningkatkan pembiakan bakteria baik di dalam usus si manja untuk mengekalkan sistem penghadaman yang sihat.
Tahap Tiga - Lapan bulan ke atas
  • Galakkan si manja untuk meneroka dan mengenali pelbagai jenis rasa dan tekstur. Ia juga boleh membantu memenuhi keinginannya untuk menggigit dan mengunyah.
  • Bijirin bayi Nestle Cerelac tahap tiga memperkenalkan si manja kepada tekstur makanan yang selamat, lazat dan berkhasiat. Diperbuat daripada cebisan isi ayam, ikan dan 100 peratus bahan-bahan semula jadi yang lain, ia membantu merangsang kemampuan si manja untuk mengunyah dan menelan.
  • Ketika tumbuh gigi, si manja akan mencapai sebarang objek untuk digigit sekali gus mendedahkan kepada jangkitan. BL Bifidus dengan gabungan zat besi, zink dan vitamin A dan C membantu menyokong perkembangan sistem pertahanan si manja. Tambahan lagi, BL Bifidus membantu mengekalkan sistem penghadaman yang sihat.
Tahap Empat - Satu tahun ke atas
  • Sediakan peralihan yang lancar untuk menikmati makanan pejal dan asas yang tepat untuk perkembangan dan pertumbuhan si manja.
  • Bijirin bayi Nestle Cerelac tahap empat menawarkan pemakanan seimbang untuk memenuhi keperluan nutrien harian si manja. Asid docosahaxaenoik (DHA), taurina, zat besi dan kalsium membantunya untuk menghadapi berbagai cabaran baru.
  • Sistem pertahanan si manja belum berkembang sepenuhnya sehingga usianya tiga hingga empat tahun. BL Bifidus membantu menyediakan asas yang tepat pada peringkat ini bagi menyokong perkembangan sistem pertahanan dan mengekalkan sistem penghadaman yang sihat. Ini akan membantu si manja untuk mengoptimumkan penyerapan nutrien yang diperlukannya untuk membesar dengan kuat dan sihat.
Source : Berita Harian

Monday, July 5, 2010

Petua Banyakkan Susu Badan

Terdapat beberapa sebab berlakunya keadaan dimana ibu merasakan susu yang dihasilkan semakin berkurangan. Keadaan ini mungkin disebabkan si ibu tidak memulakan penyusuan awal atau tidak menyusukan bayi dengan kerap. Sekiranya si ibu menyusukan anak secara eksklusif bermula sebaik sahaja bayi dilahirkan, susu akan keluar melimpah-limpah dan payudara sentiasa penuh walaupun baby sedang menyusu, ini kerana semasa baru melahirkan (berpantang), badan ibu belum adjust dgn hormon yg dihasilkan. Namun, setelah beberapa bulan, badan ibu sudah adjust sepenuhnya pada hormon dan susu yang dihasilkan akan mengikut keperluan baby, kalau ibu menyusukan anak secara eksklusif dan anak menghisap kedua2 belah payudara, maka susu yg terhasil banyak(walaupun tak sebanyak semasa berpantang). Ada berbagai2 cara untuk menambahkan penghasilan susu badan, antaranya ialah :


1. Susukan bayi bila-bila masa dia berasa lapar : Lebih banyak bayi menyusu lebih banyak susu yang akan terhasil.

2. Susukan bayi pada kedua-dua belah payudara sehingga bayi itu sendiri yang melepaskan puting setelah dia kekenyangan. Ini akan meransang lebih banyak penghasilan susu.

3. Jarak antara penyusuan mestilah tidak melebihi 2 jam. Susukan sekerap yang boleh, berikan bayi peluang untuk menghisap dari payudara untuk merangsang penghasilan susu

4. Jangan lupa untuk berasa tenang sewaktu menyusukan bayi. Ini kerana perasaan tertekan atau kurang keyakinan tentang kemampuan untuk menyusukan bayi juga boleh menyebabkan susu berkurangan. Dapatkan rehat yang secukupnya.

5.Dinasihatkan tidak memberi bayi makanan lain selain daripada susu badan terlalu awal, seperti makanan tambahan, jus2, air masak atau buah buahan kepada bayi berumur kurang 6 bulan, kerana apabila baby mendapat makanan tambahan, bayi akan kurang menyusu dan ini sekaligus akan mengurangkan penghasilan susu pada ibu.

6. Penghasilan susu juga boleh terjejas akibat pemakanan. Bagi memastikan anda makan dengan betul, anda boleh melakukan perkara-perkara berikut:
• Ambil hidangan seimbang berpandukan Panduan Piramid Pemakanan.
• Banyakkan minum air (digalakkan air Kosong suam) sepanjang hari.
• Hanya ambil suplemen jika dinasihatkan oleh doktor.
• Makan pelbagai jenis makanan yang kaya dengan nutrien.

7. Amalkan surah Al-Baqarah ayat 60 atau surah hujurat dan sapu di kedua belah payudara. Sambil menyusukan, sentiasalah usap rambut bayi, cium bayi.

8. Petua masyarakat kita:
  • Cekur Manis

Image

Cekur manis (atau nama lain pucuk manis) digunakan dalam perubatan tradisional untuk membanyakkan susu ibu. Caranya daun cekur manis yang telah dihancurkan ditampal pada payu dara ibu, dibasuh selepas kering. - Portal herba melur.com



  • Kacang Tanah

Image

Kacang tanah mengandungi protin yang tinggi, zat besi, vitamin E, kalsium, vitamin B kompleks dan fosforus. Malah kandungan protin dalam kacang tanah adalah jauh lebih tinggi dari daging, telur dan kacang soya. Ia juga mengandungi asid amino yang tinggi. Bagi menambah kandungan susu badan ibu yang menyusukan bayi, digalakkan mengambil kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing. Bagi bayi yang alah terhadap kacang tanah, ibu-ibu dinasihatkan tidak mengamalkan petua ini

  • Air Longan

Image

Longan kering biasanya boleh dibeli di pasaraya atau kedai ubat cina. Rebus segenggam longan kering yang telah dibasuh bersih dengan 3 cawan air sehingga kembang. Minum airnya. (Dalam perubatan tradisional Cina, longan dikatakan dapat menenangkan jiwa.)



  • Halba dan Jintan Hitam
ImageTerdapat beberapa jenis rempah yang biasa digunakan dalam masakan dapat menambahkan susu badan. Paling popular ialah halba. Halba boleh didapati di kedai runcit mamak atau pasaraya besar. Cuci halba, keringkan, kemudian simpan dalam bekas bertutup. Antara cara yang paling sesuai mengambilnya dengan tidak memudaratkan appendiks ialah dengan merendamkan sesudu halba dalam segelas air panas selama 15 minit. Tapis dan minum airnya sahaja. Jintan hitam (habbatus sauda) juga boleh diambil untuk tujuan dan kaedah yang sama seperti halba

  • Bunga Melur
ImageBunga melur atau nama saintifiknya Jasminum Sambac banyak digunakan dalam perubatan terutamanya dalam perubatan ayurveda oleh masyarakat india. Bagi masyarakat melayu antara kegunaannya ialah untuk menambahkan air susu ibu. Caranya daun bunga melur digiling hingga halus dan ditampal sekeliling payudara diwaktu pagi sebelum mandi. Cuci bersih sebelum menyusukan bayi.

Bagi ibu yang berhasrat memberhentikan susu ibu pula, gunakan daun bunga melur untuk tujuan ini. Caranya, tumbuk lumat daunnya dan ditampal pada payudara. - melur.comLobak putih sangat bagus untuk ibu menyusu. Jika anda menambahkan sotong kering ke dalam sop lobak putih, ia berupaya menambahkan lagi susu badan. Walaupun bersifat sejuk, ia mengandungi banyak vitamin dan mineral. Sumber potassium, folat dan vitamin C yang sangat baik. - soupqueen.blogspot.com

  • Lobak Putih
ImageTidak perlu dimasak dan boleh dimakan begitu saja (mcm mkn ulam!) lobak putih dibuang kulitnya dan dihiris boleh ditambah dgn hirisan bawang besar beserta kicap. atau tambah hirisan bawang beserta garam.



  • Pucuk Betik
ImageAir rebusan daun betik muda boleh melancar dan menambahkan susu bagi ibu-ibu yang menyusui bayi mereka dengan susu badan. Rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari.



  • Tuaman Daun Sirih
ImageSapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada buah dada. Lakukan setiap hari sehingga susu badan anda banyak



  • Jantung Pisang
ImageJantung pisang bukan sahaja sedap dimakan, ia juga berkesan untuk menambahkan susu badan bagi ibu yang mengalami kekurangan susu badan... Makan dengan dicelur bersama sambal belacan, dibuat kerabu atau dibuat gulai masak lemak cili api.



  • Makanan Tinggi CLA
Image

Ibu menyusu yang makan makanan tinggi kandungan conjugated linoleic acid (CLA) boleh meningkatkan kandungan kumpulan asid lemak ini dalam susunya. Asid-asid lemak ini mempunyai pelbagai kebaikan dalam penjagaan kesihatan antaranya kesan anti kanser, anti oksida, pengurangan berat badan dan pengurangan risiko sakit jantung.

Dalam kajian yang didedahkan dalam Jurnal Kajian Pemakanan ini, susu perahan ibu menyusu yang makan biskut diperkaya CLA ini didapati mempunyai kandungan asid lemak lebih 46% berbanding ibu menyusu yang makan biskut biasa. CLA dalam susu ibu mencapai tahap tertingginya selepas 8 ke 28 jam ibu-ibu memakan biskut khas ini.

Kandungan CLA yang tinggi secara semulajadinya terdapat dalam makanan seperti susu, keju, telur, minyak sayuran dan sesetengah jenis daging (ayam, daging lembu dan kambing yang makan rumput - bukan bijirin). Kebanyakan kajian tentang CLA dan kesannya terhadap manusia menggunakan supplement komersial.

  • Kurma

Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu


  • Antara makanan yang mungkin menambah penghasilan susu ibu
  1. Makanan mengandungi vitamin B seperti kekacang, dal.
  2. Jambu batu – makan begitu sahaja.
  3. Sawi, kacang panjang, kacang buncis, jagung muda – goreng atau sup.
  4. Daun atau pucuk meranti masak lemak putih, tumis air atau goreng.
  5. Oat – dijadikan minuman, biskut, bubur atau salutan pada makanan sebelum dimasak.
  6. Madu – gunakan sebagai pemanis dalam minuman, sapuan pada roti atau cicah pada lempeng susu beroat
  7. Red raspberry leaves – suplemen dari farmasi
  8. Barli – air atau bubur barli.
  9. Pucuk manis – masak lemak bersama ubi keledek.
  10. Pucuk pegaga – dijadikan ulam atau jus.
  11. Daun kucai – goreng bersama tauge dengan tauhu dan tempe.
  12. Air soya dan produk soya seperti tauhu, taufufa, tempe
  13. Air horlicks
  14. Susu, produk tenusu dan pil kalsium (ibu menyusu akan menyalurkan kalsiumnya pd anak yang disusuinya. Ini akan menyebabkan ibu kurang kalsium. - Kalau taknak tulang reput cepat n gigi goyang berderai cepat, mknlah kalsium ya!)
  15. Teh hijau jepun
  16. Makanan mengandung yis seperti roti, donut, tapai pulut dan sebagainya.
  17. Bawang putih mengandungi banyak sulfur yang bagus untuk sendi dan membantu penghasilan susu.
  18. Kacang merah : rebus kacang merah tanpa gula. Minum air dan kacangnye sekali.
  19. Ubat homeopati.

Rujukan : http://susuibu.com , http://ratuhati.com

Sunday, July 4, 2010

Penawar Bagi Kembung Perut

TANGISAN anak adalah penawar dalam kehidupan sesebuah keluarga, namun pernahkah anda mendepani keadaan bayi menangis tanpa henti sehingga binggungkan?


Puas amalkan petua orang tua, menyapu kunyit pada dahi tetapi si kecil tetap melalak. Mandi, disuap makan sehingga dibelek dan disapu minyak seluruh badan namun si manja tetap sama.

Tetapi apabila ‘ketuk’ sedikit perut kecil si manja, kedengaran seperti bunyi agak asing, rupanya terkena kembung perut, alahai!

Woodwar’s Gripe Water, rumusan untuk bayi yang terkenal bagi melegakan kembung atau sakit perut akibat angin melancarkan rumusan baru yang kontemporari untuk memberi nafas baru kepada jenama ini agar lebih menarik kepada ibu muda.

Pengurus Produk Kumpulan SSL Healthcare bagi Woodward’s, Geraldine Cheah, sebagai pemimpin pasaran, kami akan terus menawarkan rumusan yang dipercayai untuk melegakan kembung perut bayi dan memberi ketenangan fikiran kepada berjuta-juta ibu bapa di seluruh dunia.

Sempena pelancaran semula Woodward’s Gripe Water tahun ini, jenama itu memulakan kempen kesedaran awam bertema ‘Woodward’s — Menceriakan Bayi Anda’ untuk mendidik ibu bapa baru mengenai cara terbaik menangani kesakitan akibat kembung perut bayi mereka yang baru lahir dan tekanan dalam menguruskan bayi yang menangis.

“Bayi tidak boleh bercakap. Jadi satu-satunya cara untuk bayi berkomunikasi ialah dengan menggunakan bahasa mereka sendiri. Menendang dengan kaki, menggapai dengan tangan, memusingkan kepala dan menangis dengan nada dan suara yang berlainan adalah antara ‘perkataan-perkataan’ yang digunakan oleh bayi.

“Ibu bapa hanya boleh bersabar dan belajar mengenali makna tangisan yang berlainan ini dan memberikan perhatian yang perlu dan sewajarnya. Kita perlu menangani segera masalah yang menyebabkan bayi menangis walaupun ramai yang berpendapat perhatian yang berlebihan akan menyebabkan mereka terlalu manja. Ia sebenarnya dapat membantu perkembangan mental bayi dan memastikan mereka merasakan dunia ini selamat dan tidak membawa kejutan,” katanya.

Bayi yang mengalami kerengsaan akibat angin dalam perut atau kembung akan menangis teruk tanpa sebab dan keadaan ini berulang setiap hari, biasanya pada lewat petang atau awal malam.

Punca sebenar kembung perut tidak diketahui tetapi antara faktor yang mungkin menyebabkannya ialah sistem penghadaman bayi yang belum matang, hormon dalam susu ibu dan pengambilan susu secara berlebihan.

Masalah ini lebih kerap dialami bayi baru lahir berusia antara dua minggu dan enam bulan tetapi boleh berterusan hingga mereka berusia dua tahun atau lebih.

Untuk memastikan sama ada bayi mengalami sakit perut akibat angin atau kembung, ibu bapa perlu memeriksa sama ada perut bayi lebih keras atau lebih tegang daripada biasa, kelihatan menggelembung atau mengeluarkan bunyi lompong apabila diketuk dengan jari.

Bagaimana cara untuk menenangkan bayi yang mengalami sakit perut akibat angin atau kembung dan menghentikan tangisannya? Anda boleh mencuba beberapa cara yang dipercayai oleh ibu dan sudah terbukti dapat meredakan kesakitan dan tangisan bayi.

* Sendawakan bayi secara lebih kerap. Bayi menelan angin apabila menghisap susu menyebabkan angin berkumpul dalam perut dan menimbulkan kerengsaan.
Cuba sendawakan bayi setiap kali anda menukar puting jika anda menetekkan bayi atau selepas bayi menghisap dua hingga tiga auns susu formula bagi bayi yang menyusu botol. Ibu bapa berlatih menggunakan kaedah-kaedah berikut untuk mensendawakan bayi :

  • Tiarapkan bayi dengan meletakkan perutnya di atas lutut anda dan gosok belakangnya dengan lembut sambil menghayun atau mengenjut lutut anda perlahan-lahan.
  • Dakap bayi menggunakan sebelah tangan dengan meletakkan kepalanya ke bahu anda dan tepuk belakangnya perlahan-lahan dengan sebelah tangan lagi.
  • Telentangkan bayi, angkat kakinya dan kayuhkan ke depan dan ke belakang seperti mengayuh basikal hingga lututnya rapat ke perut.
  • Dudukkan bayi di atas pangkuan. Angkat kepala bayi dan tepuk belakangnya.
  • Pegang bayi dalam keadaan tertiarap di bawah lengan dengan kepalanya di atas tapak tangan anda.
  1. Bawa bayi anda bersiar-siar di taman
  2. Tukar pemakanannya. Cuba kurangkan makanan yang boleh menyebabkan angin atau mengembungkan perut bayi.
  3. Mainkan muzik perlahan, kurangkan cahaya lampu dan bunyi televisyen
  4. Biarkan bayi mendengar bunyi yang berulang seperti bunyi pembersih vakum atau mesin basuh
  5. Tuam atau tekap perut bayi dengan kain hangat atau botol air hangat
  6. Dukung bayi sambil mendodoi atau menyanyi perlahan.

Bayi Kembung Perut

Definisi kembung perut

Kembung perut terjadi apabila terdapat angin dalam perut bayi. Angin boleh masuk dalam perut bayi semasa bayi menyusu, menangis atau pun bernafas dan mengakibatkan bayi berasa tidak selesa dan sakit perut.

Simptom bayi kembung
Bayi yang kembung biasanya akan menangis, tidak mahu tidur dan perutnya keras dan terik.

Mengapa bayi kembung
Bayi yang kerap kembung perut perlu disendawakan setiap kali menyusu. Bayi yang menyusu badan kurang mengalami kembung perut berbanding bayi menyusu botol. Bayi menyusu badan boleh mengawal aliran susu yang keluar dan menghisap dengan lebih perlahan, maka kurang udara yang ditelan. Walau bagaimana pun, bayi yang menyusu badan juga harus kerap disendawakan jika dia menyusu dengan cepat atau aliran susu anda agak laju. Kekacang yang dimakan oleh ibu menyusu dikatakan boleh menyebabkan perut bayi kembung tetapi tidak dapat dipastikan kesahihannya.

Bayi menyusu botol lebih kerap kembung kerana banyak menelan udara akibat daripada aliran susu yang laju. Pastikan saiz lubang puting bersesuaian dengan umur bayi anda (ex: saiz S bagi bayi baru lahir sehingga 3-4 bulan). Pastikan juga botol susu disendengkan sehingga susu menutupi permukaan lubang puting susu untuk mengelakkan banyak udara bercampur semasa bayi menyusu.

Bagaimana mengatasi kembung perut

1) Sendawa

Terdapat 3 cara untuk sendawakan bayi:

  • Sandarkan bayi anda pada bahu dan tampu punggungnya dengan lengan anda sementara tangan anda yang sebelah lagi menggosok belakang bayi. Ini kebiasaannya cara yang paling mudah untuk sendawakan bayi anda.
  • Dudukkan anak anda dengan merehatkan dagunya di atas lengan anda apabila tangan anda memegang bahunya yang bertentangan dan gosok belakang bayi.
  • Letakkan bayi anda dengan mukanya menghadap riba anda dan gosokkan belakangnya.

2) Tuam perut

Di Malaysia, bayi kembung perut biasanya akan dituam dengan bungkusan pasir atau beras yang dipanaskan sehingga suhu yang bersesuaian. Pasir atau beras boleh dipanaskan dalam kuali atau panaskan terus dalam bungkusan dengan menekap seterika panas pada bungkusan. Tuamkan dahulu pada kulit anda untuk memastikan suhu bungkusan tidak terlalu panas dan tuamkan pada perut bayi. Pastikan badan bayi dilapik dengan kain dahulu supaya kulit tidak melecur. Rasionalnya, udara akan dipecahkan dengan peningkatan suhu perut dan kemudian keluar dari bayi sama ada melalui kentut atau sendawa.

3) Ubat

Jika bayi anda mengalami kembung perut yang teruk, doktor atau ahli farmasi mungkin akan menyarankan supaya mengambil “Infacol” yang mengandungi “simethicone” yang mana ia akan mengeluarkan udara dalam kuantiti yang banyak. “Gripe water” juga dikatakan boleh megeluarkan angin dalam perut bayi dengan efektif. Kandungan herba (dill, fennel, halia, etc) dalam “gripe water” akan memanaskan perut dan memecahkan angin sementara sodium bikarbonat meneutralkan asid dalam perut. Pastikan anda mendapat nasihat doktor sebelum menggunakan ubat-ubatan.

Saturday, July 3, 2010

Carta Perkembangan Bayi 0 -12 Bulan

Carta ini hanyalah panduan secara umum. Jangan bimbang jika bayi anda tercepat atau terlambat daripada carta ini. Berbincang dengan doktor jika anda risau akan perkembangan bayi anda.

UMUR

PERGERAKAN

PERTUTURAN DAN PENDENGARAN

KEMAHIRAN TANGAN

KEMAHIRAN SOSIAL

PERKEMBANGAN MINDA

0-3 BULAN

3 bulan: Bayi boleh mengangkat kepala.

Bunyi mendengus kecil, seakan bercakap lembut, selepas 2-3 bulan.

Boleh memegang ‘rattle’ selepas 3 bulan.

Berkomunikasi dengan tangisan.

6 minggu : Senyum.

Belajar tentang pergerakan, suka memerhati tangan sendiri, mengikut arah bunyi/ objek.

3-6 BULAN

4-5 bulan: Boleh mengangkat kepala bila ditiarapkan.

5-6 bulan: Berguling.

6 bulan: Duduk dengan sokongan.

Membuat bunyi jeritan riang yang pendek.

6 bulan : ‘Membuat belon’.

4 bulan: Menggoncang ‘rattle’.

6 bulan: Memindahkan objek dari sebelah tangan ke sebelah lain.

6 bulan: Mula ‘kenal orang’, menyapa anda dengan menyentuh muka anda, tahu jika anda marah/gembira.

4 bulan: Rasa ingin tahu. Suka meneliti sesuatu objek.

4-5 bulan: suka warna terang.

6-12 BULAN

8 bulan : Duduk sendiri

8 bulan : Merangkak

11-12 bulan : Berpusing mengelilingi perabut.

6-8 bulan: menyebut ba dan ma.

8-10 bulan: dua sukukata seperti baba, mama.

12 bulan: menceceh.

8 bulan: Menjatuhkan dan mengutip mainan, makan makanan jejari.

12 bulan: Mengutip objek kecil seperti kismis.

8-10 bulan: Seronok dengan lawak anda.

12 bulan: Memeluk dan memegang anda.

7-8 bulan: Suka bermain ba cak.

Berminat dengan buku.

Tahu namanya.

Suka meniru.

10 bulan: Pandai menunjuk objek.

12-24 BULAN

Belajar keseimbangan dan berjalan.

14-18 bulan: boleh berjalan sendiri.

18-24 bulan: berlari, jalan mengundur, memanjat tangga. Menyepak bola dan menggoyangkan badan apabila mendengar muzik.

Menunjuk kepada anggota badan/ gambar di buku apabila ianya disebut.

Boleh menerima arahan mudah (“ambil baju”).

Faham soalan mudah (“mana ayam?”)

Mendengar cerita mudah.

Bertanya 2 patah soalan (“mana bola?”)

Menconteng dengan pen/pensil/krayon.

Menyusun blok.

Boleh menggunakan sudu dan garfu.

Boleh menanggalkan kasut dan stokin.

Suka cabaran.

Ibubapa idola mereka.

Malu dengan orang asing.

Mungkin ada objek kesukaan seperti bantal busuk, anak patung.

Lebih sensitif kepada emosi orang lain.

Suka mendengar anda menyanyi dan cuba untuk turut serta.

18-24 bulan: Kurang tidur, berjaga lebih lama, lebih peka.

24 bulan: Bersedia untuk latihan ke tandas.

Maklumat ini adalah umum. Jangan lupa membawa anak anda ke klinik untuk maklumat yang lebih khusus kepada perkembangannya.