Wednesday, January 5, 2011

Penemuduga ( Interviewer) -

Objektif Penemuduga

Anda pasti mempunyai objektif anda yang tersendiri apabila memohon sesuatu pekerjaan, dan apabila anda dipanggil untuk ditemuduga, anda juga mungkin mempunyai matlamat yang anda ingin capai sekiranya berjaya melepasi temuduga tersebut. Ya anda sudah tentunya tahu akan objektif anda sendiri.

Tapi tahukah anda akan objektif penemuduga anda? Untuk berjaya dalam temuduga, anda perlulah mengetahui objektif penemuduga anda.

Berikut adalah diantara objektif-objektif penemuduga. Lazimnya, penemuduga akan mencari calon dengan ciri-ciri berikut :

- Kebolehan berkomunikasi yang baik
- Mempunyai kelayakan yang relevan
- Bersemangat
- Berinisiatif
- Mempunyai rekod pekerjaan/pelajaran yang baik
- Berwatakan Menarik

Nilaikan diri anda

Sebelum anda menghadiri temuduga, anda seharusnya sudah dapat menilai diri anda sendiri sebelum dinilaikan oleh penemuduga. Anda perlu melihat diri anda dari segi:-

- Kelebihan diri sendiri
- Personaliti
- Pencapaian Akademik dan Pekerjaan
- Kekuatan dan kelemahan
- Persepsi
- Pengetahuan Am
- Pengalaman Kerja

Kebanyakkan soalan penemuduga berkisar kepada aspek-aspek diatas. Cuba selami diri anda, dan senaraikan butir-butir tersebut, kenalpasti kelemahan anda dan cuba perbaikinya sebelum menghadiri temuduga.

Ini dapat memastikan anda dapat menjawab soalan penemuduga dengan lebih yakin dan positif.

Tingkahlaku dan Adab Semasa Temuduga #1

Semasa hendak masuk ke bilik temuduga JANGANLAH gentar. Buatlah seperti biasa saja.

- Ucapkan “Assalamualaikum / Salam”, “Selamat Pagi” atau “Selamat Petang” mengikut pada keadaan waktu. Ini nanti akan memberi perasaan mesra di antara anda danpenemuduga.

- Jangan hulurkan tangan anda untuk berjabat tangan selagi penemuduga itu tidak berbuat gerakan dahulu yang ianya hendak berbuat demikian.

- Janganlah anda duduk selagi tidak disuruh. Apabila anda disuruh duduk, ucapkan terima kasih dan duduklah dengan sempurna serta tegakkan badan.

- Jangan menggelisah.

- Jangan anda letakkan barang-barang atau tangan ataupun siku anda di atas meja penemuduga itu.

- Jangan anda cuba hendak mengalih keadaan kerusi yang disediakan itu.

- Jangan goyang-goyangkan kaki ataupun menggerakkannya di sana sini.

- Jangan pula anda cuba hendak membaca surat-surat dan lain-lain kertas di atas meja penemuduga itu

Biarkan penemuduga itu memulakan temuduga.

- Janganlah anda menjawab soalan-soalan dengan tergopoh-gapah. Sebaliknya jawablah dengan tenang dan jelas serta mudah didengar. Jawapan yang anda beri itu hendaklah tepat.

- Jangan bercakap panjang lebar, dan jangan gunakan bahasa kasar.

- Apabila bercakap pandanglah ke muka penemuduga itu. Jika ahli-ahli panel yang menemuduga itu lebih daripada seorang maka arahkan jawapan-jawapan anda kepada Ketua Panel.

- Gunakan perkataan seperti Tuan atau Puan pada orang yang tertentu dari masa ke semasa, tetapi janganlah selalu menggunakannya.

- Jangan menyampuk semasa penemuduga itu sedang bercakap dan jangan sekali-kali berbalah dengannya.

- Jangan merokok ataupun mengunyah apa-apa di dalam mulut.

Tingkahlaku dan Adab Semasa Temuduga #2

- Jangan sekali-kali mengeluarkan kata-kata yang tidak benar semasa dalam temuduga.

- Jika anda tidak tahu jawapan yang disoal itu, janganlah cuba hendak berbohong ataupun mendiamkan diri sahaja, kerana ini akan melemahkan peluang anda.

- Eloklah anda bercakap terus terang yang anda tidak tahu jawapannya.

- Bersedia memberitahu penemuduga tentang keluarga anda, persekolahan, kegemaran dan aktiviti anda. Jangan bercakap melebihi dan yang tidak sepatutnya.

- Jangan berbincang apa-apa masalah peribadi anda semasa temuduga.

- Jika anda pernah bekerja dahulu, berilah keterangan dengan ringkas dan tepat berkenaan dengan pekerjaan itu.

- Jangan sekali-kali anda cuba hendak mencela bekas majikan anda.

- Nyatakan kelayakan dan kelulusan anda yang benar, tetapi janganlah membesar-besarkan perkara itu.

- Anda hendaklah mengetahui serba sedikit akan tugas-tugas yang bersabit dengan pekerjaan itu, masa yang dijangka kena bekerja dan gajinya yang akan dibayar pada permulaannya.

- Bersedialah untuk memberitahu kadar gaji yang anda ingin. Walau bagaimanapun biarlah penemuduga itu mengemukakan perkara itu terlebih dahulu.

- Jika penemuduga tidak menyatakan tarikh yang sepatutnya anda mengetahui keputusan temuduga itu, eloklah anda bertanya supaya anda boleh datang lagi ke pejabatnya untuk mengetahui keputusan itu. Jika ia bersetuju tanyakan tarikh dan masa yang sesuai baginya.

- Biarkan penemuduga itu menamatkan temuduga.

- Ucapkan terima kasih kepada penemuduga kerana memberi peluang kepada anda menyertai temuduga itu.

Kawal emosi semasa temuduga

Semasa berada di bilik temuduga, kerapkalinya anda akan ditanyakan soalan-soalan yang anda kurang bersedia. Soalan-soalan ini kebanyakkannya seolah-olah “mencabar” kewibawaan anda.

Apa yang perlu anda lakukan adalah :

- Ingatkan diri anda bahawa penemuduga sedang menguji anda.

- Jawab dengan jelas dan lantang,

- Kikiskan sifat ego anda,

- Tenangkan diri anda sebelum menjawab soalan, selalunya penemuduga akan cuba menggunakan jawapan anda untuk membidas.

- Banyakkan senyuman.

- Berikan penekanan dalam jawapan anda yang menyokong butiran-butiran yang tertulis dalam CV/Resume anda. Berikan penekanan kepada pencapaian anda yang tidak boleh dicapai orang lain.

- Jangan sesekali menunjukkan anda hilang minat terhadap pekerjaan ditawarkan.

- Selain itu, anda dinasihatkan supaya jangan tergopoh gapah menjawab soalan-soalan sebegini dari temuduga, ambil masa untuk berfikir sejenak,dan jawablah dengan fikiran yang tenang.

Perkara yang menjelikkan penemuduga

Berikut adalah perkara-perkara yang sepatutnya anda elakkan ketika berada dalam bilik temuduga untuk mengelakkan penemuduga berasa bosan dan jelik kepada anda :

- Bercakap perkara-perkara yang tidak berkaitan secara keterlaluan.

- Tidak memberikan tumpuan kepada penemuduga tertentu apabila ditemuduga lebih dari seorang penemuduga.

- Mengelak dari menjawab soalan penemuduga.

- Memandang rendah akan pengetahuan penemuduga, ini dapat dilihat dengan jawapan anda.

- Mencabar penemuduga dengan bertanyakan soalan yang rumit dan terlalu teknikal.

- Menggunakan nama-nama orang berpangkat atau terkenal dalam perbualan anda dengan temuduga dengan harapan penemuduga tersebut kagum dengan anda

Perkara-perkara ini bukan sahaja membosankan penemuduga, malah akan membuatkan penemuduga merasa jelik dengan anda dan seterusnya mengambil keputusan untuk mengenepikan permohonan anda untuk mendapat jawatan tersebut. Diharap dengan maklumat tersebut akan sedikit sebanyak membantu anda untuk berjaya semasa ditemuduga.

sumber:temuduga.blogspot

Sunday, January 2, 2011

Keyakinan Diri Ketika Temuduga

1. Sentiasa babitkan ahli pasukan anda ketika bercakap tentang sesuatu projek

Jangan terlalu menekankan fungsi anda dalam sesuatu projek berpasukan. Contohnya, kebanyakan siswazah akan berkata, Saya yang melakukannya, saya yang memulakannya. Hal ini sering menutup hati para penemu duga untuk terus berbual dengan anda.

Cara yang sebaik-baiknya bagi menangani hal ini ialah si pemburu kerja mesti menekankan dengan jelas matlamat yang telah dicapai oleh pasukannya dan tugasan yang telah dijalankan oleh setiap ahli pasukannya. Untuk menjadi seorang yang efektif, anda mestilah mempunyai semangat berpasukan.


2. Pamerkan komunikasi yang baik pada setiap peringkat


Majikan kadang-kadang berasa bimbang jika anda tidak dapat berkomunikasi dengan baik dalam kumpulan yang berbeza di tempat kerja, terutamanya dengan orang bawahan anda.


Oleh sebab itu, penemu duga suka bertanya cara anda akan memotivasikan pekerja yang bukan di bawah bidang kuasa anda. Hal ini akan memberi beliau petunjuk tentang cara anda akan melaksanakan tugas dalam sesebuah organisasi.

Penemu duga juga akan mengawasi interaksi anda pada sepanjang sesi temu duga. Contohnya, perbualan ringan antara penemu duga dengan anda akan memberi beliau petunjuk tentang kemahiran bersosial anda dan sama ada anda berminat untuk bekerja dalam organisasinya. Dalam perbualan ringan itu, penemu duga sering ingin tahu sama ada anda tahu tentang latar belakang organisasinya atau tidak dan sebab anda berminat untuk bekerja dalam organisasinya.


Cara anda berinteraksi dengan pekerja-pekerja lain di situ juga akan memberikan petunjuk kepada penemu duga anda tentang kemahiran berkomunikasi anda. Berbual seketika dengan penyambut tetamu semasa anda sampai di syarikat itu mungkin akan membantu anda mempamerkan kemahiran berkomunikasi dan bersosial anda. Hal ini kerana penemu duga mungkin akan meminta pandangan beliau atau pekerja-pekerja lain tentang cara anda berinteraksi.


3. Tunjukkan minat anda dengan bertanyakan soalan


Mengetahui terlalu sedikit tentang latar belakang organisasi memberikan petunjuk kepada penemu duga bahawa anda tidak membuat sebarang persediaan dan tidak berminat terhadap organisasinya. Hal ini menunjukkan bahawa sama ada anda merasakan diri anda terlalu besar buat organisasinya atau organisasinya terlalu kecil buat anda. Bertanyakan soalan yang bernas ialah satu cara yang baik untuk menunjukkan bahawa anda telah membuat persediaan. Pastikan bahawa soalan anda bernas kerana sesetengah soalan hanya akan menunjukkan anda tidak tahu langsung tentang latar belakang organisasi tersebut. Janganlah bertanya soalan yang mudah dijawab dengan hanya melayari laman web organisasi tersebut.



Bertanya soalan tentang budaya kerja di sesebuah organisasi akan menunjukkan bahawa anda mencari kerja yang sesuai dengan anda, dan bukan hanya kerana pekerjaan itu akan memberi anda pangkat yang tinggi dan gaji yang lumayan. Antara soalan bernas yang boleh anda tanyakan kepada penemu duga anda ialah: Apakah yang dapat seseorang lihat apabila dia berdiri di tempat letak kereta selepas tamat waktu bekerja? Soalan ini akan menunjukkan bahawa anda ingin tahu sama ada pekerja di organisasi itu akan balik dengan muka yang tertekan atau berbual-bual sesama rakan sejawat atau masih adakah lagi kereta di situ sehingga lewat malam? Soalan seperti ini ialah satu cara kreatif untuk anda mengetahui tentang budaya tempat kerja di organisasi tersebut.


4. Jangan terlalu fikirkan nama jawatan atau pangkat


Janganlah anda terlalu fikirkan nama jawatan atau pangkat anda di sesebuah organisasi itu. Kebanyakan penemu duga akan memilih calon yang lebih berminat untuk mengetahui tugas mereka dan bagaimana kerjaya mereka boleh berkembang bersama dengan organisasinya.


5. Tetapkan matlamat yang realistik

Janganlah anda terlalu berharap untuk menjawat jawatan yang tinggi pada permulaan kerjaya anda. Walaupun anda seorang graduan, anda mesti bersedia untuk memulakan kerjaya anda dari bawah. Banyak majikan menggalakkan siswazah berbincang dengan kaunselor kerjaya mereka supaya mereka mempunyai matlamat yang realistik terhadap kerjaya mereka apabila keluar dari