Wednesday, December 2, 2009

PEMAKANAN SIHAT CARA ISLAM

Formula pemakanan genius-genius Islam silam yang menjadi rahsia keajaiban daya intelek mereka. Formula ini terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab. Tersembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam sendiri. Namun akhir-akhir ini ada usaha-usaha untuk mengetengahkan kembali kepada umum. Sekarang semacam ada kecenderungan di kalangan ilmuan Islam dan bukan Islam untuk mengkaji dan menguji keabsahan formula ini.
Ini didorong oleh penemuan – penemuan saintifik yang membuktikan kebenarannya, khususnya terhadap susu, madu dan telur. Berikut adalah formula pemakanan genius – genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan :


1) MADU
Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai “shifa’” iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar “Raja Ubat”, dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu. Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental. Rasullullah s.a.w bersabda, “Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu”. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit – penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.

CARA MINUM
2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.PANTANG : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat merbahaya !

2)KISMIS
Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.

CARA MAKAN :
i)Menghadap Kiblatii)Baca “Bismillah” dan selawat ke atas nabi (3 kali)iii)Baca doa penerang hatiiv)Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika dikunyah seperti makan kacang.v)Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.

3) SUSU SEGAR
Susu berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan. Rasullullah s.a.w menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahi akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri – biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.

CARA MINUM :
i)Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malamii)Baca “Bismillah” dan doa minum susu seperti yang dibaca oleh Rasullullah s.a.w

4) TELUR
Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli – ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif. Sabda Nabi s.a.w, “Sesungguhnya seorang nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia)lemah badan. Maka Allah s.w.t memerintahkannya supaya memakan telur”. Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.

5) HALIA
Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halua. Halua ialah halia yang dijadikan manis – manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula.

CARA MAKAN
Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.

6) LIMAU OREN
Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran menurut hadis Nabi s.a.w. Limau – limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.

7) BUAH DELIMA
Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, “Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.”

8)DAGING BURUNG MERPATI
Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak – kanak. Kaedah ini sangat popular dan berkesan. Kanak – kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.

9) OTAK AYAM
Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam yang segar juga boleh dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu diamalkan memakannya.

10) DAGING AYAM
Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah. Abu Musa r.a meriawayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina.

11) DAGING BIRI-BIRI
Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan hafazan.

12) HATI
Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.

13) KEKACANG
Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak. Memakan kacang pistachio merupakan amalan pemakanan seorang pelajar genius berbangsa Melayu yang tinggal di Melaka. Kekacang mengandungi nilai protein yang tinggi.

14) BUAH BADAM
Untuk meningkatkan kecerdasan.

15) ZA’FARAN : KOMKOMA (CROCOS SATIVUS)
Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja. Dijual di kedai-kedai runcit India dan sesetengah kedai runcit Melayu.

16) KEMENYAN PUTIH
(kemenyan serani/luban/kundar)Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.

17) BUNGA KOBIS
Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.

18) BUNGA CENGKEH
Ditumbuk sehingga halus lalu diamakn sedikit sahaja.

19) LABU
Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabi s.a.w., “Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal”. Baginda juga berkata, “Jika kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan labu ke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal.

20) BUAH KEDEKAI (MAJALAWI)
Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.

21) MINYAK SAPI
Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil.

22) SAYUR-SAYURAN DAN BAUH-BUAHAN SEGAR
Juga membantu meningkatkan akal dan memori


SUMBER : EMAIL

Tuesday, December 1, 2009

Penjagaan Kucing Parsi

Tips ni diperolehi dr 1 blog mengenai kucing...Almaklumlah baru nak membela kucing.So kena la cari banyak info mengenai kucing ni kan.Salah2 jaga kang sakit ke hape ke,susah plk.

Menjaga Bulu Kucing Parsi

Kucing Parsi tergolong di dalam kategori long-haired, dimana ia mempunyai double coat yang membentuk lapisan bulunya. Lapisan pertama adalah pendek, tebal dan padat manakala lapisan kedua pula lebih panjang, jarang dan lembut. Jika anda memelihara kucing Parsi, maka anda perlu menyikatnya setiap hari.Ini kerana bulunya amat mudah berselirat, tergumpal dan memerangkap kotoran. Sepertimana kucing long-haired yang lain, kucing Parsi mudah membentuk mats yang terjadi akibat gumpalan bulu yang sudah gugur tetapi terperangkap di antara bulu yang sedang tumbuh. Gumpalan ini akan semakin membesar kerana ia menarik bulu-bulu lain dan ini akan menyebabkan kesakitan pada kulit kucing jika ditarik.Gumpalan ini biasa terjadi pada kawasan yang sukar dicapai oleh kucing. Percayalah, kucing Parsi anda tidak akan mampu menjaga keseluruhan bulunya dan anda perlu membantu kucing anda dalam hal ini. Menyikat bulu kucing pada setiap hari dapat mencegah anda dari masalah yang lebih memakan masa dan menyakitkan pada masa akan datang.Antara kawasan yang biasa terjadinya gumpalan dan simpulan adalah ketiak, abdomen, belakang telinga, ekor, bahagian bawah ekor dan bahagian belakang kaki belakangnya. Walaupun ianya nampak remeh tetapi ingatlah bahawa gumpalan bulu ini biasanya terjadi hampir pada permukaan kulit. Bukan sahaja bulunya yang terperangkap di situ malah segala kekotoran dan kelembapan yang menyebabkan kulit mengalami ruam dan kepedihan. Untuk kes yang serius, anda mungkin perlu membawanya ke vet untuk dicukur keseluruhan bulunya.Menyikat juga dapat mengurangkan bebola rambut atau hairball yang terkumpul di dalam perut. Bebola rambut ini merupakan bulu gugur yang terperangkap di dalam perut kucing semasa ia mengandam atau menjilat bulu-bulunya.Sikat yang terbaik adalah dari jenis metal comb dengan giginya yang panjang, sesuai dengan bulu panjang yang dimiliki oleh kucing Parsi. Sesetengah kucing tidak menyukai sesi menyikat ini namun ia masih boleh diajar. Jika terlalu sukar dan kucing anda sentiasa melarikan diri, berikan makanan sebagai hadiah setelah selesai sesi menyikat. Sesi menyikat ini lebih mudah diajar pada anak kucing berbanding kucing dewasa. Jika semuanya berjalan lancar, kucing anda pasti akan mengiau keseronokan dan mula berbaring setiap kali melihat anda mengeluarkan sikatnya.

Memandikan Kucing Parsi

Kucing Parsi juga perlu dimandikan tetapi tidak perlulah sehingga tiap-tiap hari. Bergantung kepada keadaan, sekadar 3-4 hari sekali atau seminggu sekali pun sudah cukup. Ini adalah untuk menjaga kebersihan bulunya agar kekal sihat, bersih dan lembut terutamanya jika kucing anda berbulu putih.

Kebersihan Muka dan Telinga

Mata dan hidung kucing Parsi cenderung untuk menghasilkan sisa lebih dari kadar biasa berbanding kucing lain. Ini adalah kerana bentuk fizikal bahagian kepala kucing Parsi itu sendiri. Anda perlu mengawasi dan membersihkannya dengan menggunakan kapas atau kain lembab.Periksa juga bahagian dalam telinga jika ada lapisan yang berminyak. Lapisan berminyak itu adalah untuk memerangkap kotoran dan jika dibiarkan, kotoran dan habuk itu akan menjadi keras dan merimaskan kucing itu sendiri. Bersihkan telinganya dengan menggunakan putik kapas lembab.

Kucing Parsi Sesuai Sebagai Kucing Indoor

Selain itu, adalah baik untuk anda jadikan kucing Parsi anda sebagai kucing indoor. Ini disebabkan perwatakan kucing Parsi adalah lembut dan tidak suka bergaduh, dan mungkin akan dibuli oleh kucing-kucing lain di sekitar rumah. Malah bulunya juga amat mudah kotor dan memerangkap kotoran dan habuk jika anda membiarkannya di luar.Namun begitu, untuk menjadikan kucing anda sebagai indoor, anda perlu memastikan kucing Parsi anda mempunyai banyak permainan, masa yang anda luangkan bersamanya, teman kucing yang lain dan tempat untuknya mencakar. Jika anda dapat menawarkan ini semua maka kucing Parsi anda akan menjadi kucing indoor yang gembira.Anda juga mungkin perlu menyediakan tempatnya untuk berjemur. Kucing Parsi gemar berbaring di bawah sinaran matahari terutamanya pada waktu pagi. Meletakkan rak atau meja di tepi tingkap tertutup (lutsinar) pun sudah mencukupi untuknya bersantai di bawah cahaya matahari. Gunakanlah kreativiti anda untuk membolehkannya berjemur tanpa melepaskannya keluar dari rumah.

Berikan Kasih Sayang

Bukan sahaja kepada kucing Parsi malah apa sahaja jenis kucing yang anda miliki itu perlulah di beri kasih sayang dan perhatian yang cukup. Kucing Parsi adalah sangat rapat dengan tuannya dan akan tertekan jika anda tidak dapat meluangkan masa kepadanya. Kasih sayang yang anda berikan kepadanya pasti akan dibalas berganda-ganda.


sumber : http://alamkucing.blogspot.com/

"Pian"




Petang semalam lepas balik keje terus g Pandan Indah..Pick up our new baby "Pian". Y namanya "Pian"??Tu kena la tanya my husband.If ikut my suggestion i suka nama omputih like "Jerry".Tapi nak buat mcm mana kan, my husband beriya-iya sangat nak nama "Pian" ni.So terpaksa lah akur dgn keadaan.


Here i upload my "Pian".


Saturday, November 14, 2009

Resepi ni dapat drp 1 website resepi ptg td masa tgh2 cari resepi untuk masak. Almaklumlah..orang x bpe pandai nak masak..Nak cari resepi lain dapat resepi lain.Biasalah,time x mencari jumpa mcm2,tapi time kita mencari,susah nak jumpa.Tp memandangkan x lama lagi bakal melalui saat-saat berpantang, i copy n paste dis resepi untuk rujukan sendiri saje sbnrnya..n kalo ada yang baca tu,kita sharing with others..

Resepi untuk orang-orang berpantang. Nama resepi ni pelik sikit,1st time dengar.Tak kisah lah apa nama skalipun..janji halal.Resepi ni dah diubah suai sikit oleh saya sendiri sbb kuantiti yang asal untuk 1 family. ;


Bejah ikan tenggiri;


Bahan-bahan ;

  • 1-2 potong ikan tenggiri
  • 2 genggam lada hitam
  • 1 kotak kecik santan
  • 2 buku kunyit hidup
  • sedikit garam
  • sedikit air

Cara-cara

  1. tumbuk kunyit sehingga lumat
  2. tumbuk lada hitam sehingga lumat
  3. masukkan kunyit + lada hitam + santan + air + garam ke dalam periuk
  4. kacau sebati sehingga santan masak
  5. kemudian, masukkan ikan
  6. rasa kemasinan, kalau semuanya dah ok, ikan pun dah masak, matikan api...Angkat dan hidangkan

Friday, November 13, 2009

Kisah Mamak Yg Mengaku Islam...(Harian Metro)

Pagi ni tinggal sorang kat ofis.Sambil2 check email bacalah paper Harian Metro.Pastu tgk ada 1 title ni yg menarik. 'Mamak Tak Tahu Mengucap'.Kes geng2 kedai mamak yg x tahu mengucap n jadikan ayat al-quran sebagai barang mainan.Hanya sebagai tempelan di kedai2 diorang je konon2 kata diorang Islam.Ingatkan mamak kat bawah ofis ni je yg x tahu mengucap.Rupanya ramai lagi diorang ni yg berpura-pura Islam.Yang peliknya,bial disoal 'Islam ke?', mengangguk...Tapi pakai rantai emas.Macam la kita ni sebagai pelanggan x nampak.Rasa macam nak lempang je.Harap2nya JAKIM pergi la check semua kedai2 mamak yang ada kat seluruh KL & Selangor ni secepat yang mungkin.Kalau tak dibendung makin menjadi-jadi la diorang ni.Mainkan pasal Islam.

‘Mamak’ tidak tahu mengucap

BANGI: Mengaku kononnya adalah penganut agama Islam tulen namun rata-rata pekerja sebuah restoran ‘mamak’ muslim yang disoal siasat pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) langsung tidak tahu mengucap dua kalimah syahadah atau membaca surah al-Fatihah sekali gus membongkar rahsia identiti mereka yang sebenar.Lebih mengejutkan pemilik restoran berkenaan sengaja menggantung deretan gambar ayat suci al-Quran, kalimah Allah dan Nabi Muhammad di dalam premis untuk memperdaya pelanggan yang menyangka ia restoran halal.Taktik itu dibongkar Jakim selepas penyamaran dilakukan kakitangannya di restoran berkenaan sejak sekian lama sebelum melakukan serbuan semalam.Kewujudan restoran `halal’ palsu itu dibongkar selepas sepasukan lima pegawai Jakim dibantu enam pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Putrajaya menjalankan serbuan mengejut di restoran berkenaan di Jalan Bangi di sini, semalam.

Pemeriksaan diketuai Penolong Pengarah Bahagian Hub Halal Jakim, Mohd Amri Abdullah, dilakukan selepas mendapat aduan berhubung kesangsian orang ramai terhadap sijil halal milik restoran berkenaan.



Sumber Jakim berkata, dalam serbuan kira-kira jam 3 petang itu, pegawai Jakim yang menjalankan pemeriksaan menyoal siasat lapan pekerja warga asing restoran berkenaan yang ketika itu sedang melayan berpuluh pelanggan Islam.Menurutnya, kebanyakan pekerja dari India itu pada mulanya mengaku beragama Islam, namun gagal membaca surah al-Fatihah atau mengucap dua kalimah syahadah.“Mereka tiba-tiba menjadi gagap dan hanya menggeleng kepala sekali gus membuktikan mereka bukan beragama Islam seperti didakwa.Menurutnya, pemilik restoran sengaja menggantung kalimah ayat suci Al-Quran, Allah dan Nabi Muhammad di dinding premis termasuk ayat seribu dinar untuk mengaburi pemilik sebenar restoran berkenaan.“Semua ayat al-Quran itu sengaja digantung di atas kaunter pembayaran selain sijil halal palsu yang turut diguna pakai bagi meyakinkan pelanggan seolah-olah restoran terbabit milik orang Islam.“Siasatan susulan terhadap sijil pendaftar syarikat (ROC) bagaimanapun mendapat bukti paling jelas apabila nama pemilik yang tertera pada dokumen bukan Islam,” katanya.Menurutnya, penyelia berusia 30-an yang juga bukan Islam cuba berdolak-dalik dan memberi pelbagai alasan tidak munasabah berhubung bukti diperoleh itu sambil memberitahu restoran terbabit milik orang Islam.“Agak mengejutkan apabila seorang lelaki berusia 40-an yang tidak dikenali tiba-tiba muncul sebelum memperkenalkan diri sebagai rakan kongsi pemilik restoran berkenaan.“Lelaki itu mendakwa menguruskan restoran terbabit walaupun namanya tidak tertera pada ROC. Dia mendakwa restoran itu diuruskan olehnya. Bagaimanapun pegawai Jakim percaya lelaki berkenaan hanyalah `wayang’ yang diupah sekiranya berlaku apa-apa masalah,” katanya.

sumber : Harian Metro

Tuesday, November 10, 2009

MaK Su & Arissa Sofea







My XtVt
Date : 7-11-2009
Venue : Along's House

Last saturday..whole day di rumah Along.Mak pun ada sana.Esok dia dah nak balik ke Perlis.Plan hari ni ke rumah cousin di Bandar Putra Permai..Lepas breakfast masing2 bersiap.I didn't drive.Juz tumpang kete along je.Bawak 1 kete.Here my pic with my latest niece.Si cute Arissa Sofea Bt Addie Norazlie.

Saturday, October 31, 2009

Petua/Cara Mengekalkan Hubungan Bahagia (Untuk Sang Suami)

Bagaimana mengekalkan perhubungan bahagia? Apakah petuanya bagi suami untuk menambat hati isteri?

1. Sentiasa berdoa agar disayangi.Apabila balik rumah, tegur dan sentuh isteri sebelum buat kerja lain.Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan isteri sepanjang hari.

2. Jadikan seorang pendengar yang baik kepada isteri .Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah isteri. Apa yang lebih penting adalah simpati.Berikan masa sekurang-kurangnya 30 minit perhatian yang berkualiti terhadap isteri.

3.Berikan bunga, minyak wangi atau seumpamanya sebagai hadiah atau untuk memujuk ketika isteri sedang marah.

4.Tolong masak atau ajak makan di luar sekali sekala.

5.Beri pujian mengenai penampilan isteri (rambut, wajah, pakaian dan sebagainya).

6.Pujuk apabila isteri marah atau kecil hati.

7.Beri bantuan atau kerjasama setakat yang mampu.

8.Luangkan masa yang lebih agar tidak mendesak isteri untuk lebih cepat bergerak atau bertindak.

9.Beri perhatian lebih kepada isteri daripada orang lain ketika di kalayak ramai.

10.Sekiranya isteri minta bantuan, nyatakan boleh atau tidak dengan tidak mengungkit atau banyak komen.

11.Manjakan isteri sepertimana dia memanjakan anda.

12.Jangan menyalahkan isteri.Bila isteri bercakap, beri perhatian sepenuhnya.

13.Beritahu bila kita ingin berehat atau tidur.

14.Seeloknya masuk tidur serentak.

15.Peluk isteri dengan penuh kasih sayang sekurang-kurangnya EMPAT kali sehari.

16.Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, sekadar ingin memberitahu "AKU CINTA PADAMU ".Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari.

17.Tolong kemaskan katil atau bilik tidur.

18.Ajak isteri berjalan-jalan tanpa anak-anak.

19.Cuba tunaikan apa yang isteri hajati.

20.Nyatakan anda merinduinya bila berjauhan.

21.Bawa pulang buah tangan, kuih kegemaran isteri sekali sekala.

22.Sentiasa lakukan ibadah bersama.

23.Jika keluar daerah,telefon isteri memberitahu nombor telefon tempat penginapan dan memberitahu anda sudah selamat sampai.

24.Sentiasa kemas dan wangi sebelum tidur bersama.

25.Urut belakang isteri sekali sekala.Peluk dan belai isteri sekali sekala tanpa implikasi seksual.

26.Sabar dan tenang apabila mendengar cerita dan masalah isteri.

27.Pamerkan kasih sayang di khalayak ramai. Jangan abaikan isteri atau tinggalkannya jauh ketika berjalan.

28.Apabila keluar berjalan, elok berpegangan tangan untuk menunjukkan kemesraan.

29.Buatkan air minuman untuk isteri sekali sekala.

30.Ketika makan di luar, jangan harapkan isteri memilih tempat makan setiap masa.

31.Jika lambat pulang, beritahu lebih awal atau telefon rumah.

32.Lebihkan isteri daripada anak-anak.

33.Bila isteri kurang sihat, beri perhatian sewajarnya.

34.Jika anda perlu bersendirian untuk berfikir, beritahu bila anda akan pulang.Apabila sudah sejuk, beritahu isteri apa yang mengganggu fikiran secara sopan.

35.Apabila keluar, tanya isteri kalau ada sesuatu yang ingin dipesan.

36.Belai isteri sebelum pergi kerja.

37.Ucapkan terima kasih setiap khidmat yang isteri berikan.

38.Cari masa untuk berdua-duaan sekali sekala.

39.Lakukan riadah bersama isteri.Pergi berkelah sekali sekala.

40.Tolong cuci atau jemur pakaian sekali sekala.

Thursday, October 29, 2009

Cemburu Lelaki Melalui Horoskop

1. Aquarius- Lelaki Aquarius biasanya akan menggunakan ayat-ayat yang memerli untuk menunjukkan cemburunya. Jangan ingat dia sedang bergurau. Apabila topik perbualannya hanya tertumpu pada seseorang saja, maka ternyatalah bahawa dia sedang cemburu. Lelaki yang paling mulia dan baik hati, lagi kuat cemburunya. Tak lain dan tak bukan adalah lelaki

2. Pisces- Indeks cemburunya amat memeranjatkan. Kalau kekasihnya menderhaka kepadanya, dia akan menjadi seperti wanita meraung-raung. Air matanya juga akan tenggelamkan anda.

3. Aries -Lelaki Aries mempunyai sifat diktator secara semulajadi. Selain seorang yang memerintah, dia juga suka mengawal orang lain. Tidak kira dalam apa jua perkara, dia juga berharap menggunakan tenaga dan kuasanya untuk menyelesaikannya. Apabila berhadapan dengan musuh kekasih, dia akan segera mengambil tindakan untuk menyebabkan pihak lawan undur dari mengurat kekasihnnya.

4.Taurus -Lelaki Taurus adalah lelaki yang peramah dan sangat jujur. Tapi jangan ingat dia tidak tahu cemburu. Dia tidak dapat terima kekasihnya menderhaka kepadanya. sekiranya dia dapat tahu anda keluar makan malam dengan lelaki lain, buatlah persediaan untuk memberi penjelasan kepadanya.

5.Gemini- Gemini hanya menganggap cemburu itu sebagai satu permainan saja. Dia ialah seorang yang suka bermain-main. Oleh itu, dia paling benci akan cinta secara paksa. Malah dia tidak akan mungkin melepaskan peluang untuk berkenalan dengan wanita lain walaupun sudah memiliki kekasih. Jadi, indeks cemburu lelaki Gemini adalah kurang berbanding dengan lelaki Zodiak lain

6.Cancer -Secara kebetulan lelaki cancer terbalik dengan lelaki Gemini. Dia tidak akan berjauhan dengan kekasih malah selalu berhimpit dengan kekasih. Ini adalah kerana dia mempunyai perasaan kekosongan dan juga perasaan tidak selamat. ( jangan ingat hanya perempuan saja yang mempunyai perasaan tidak selamat.) Bayangkan kalau kekasihnya meninggalkanya, cemburu pasti akan menghuru-harakan dunia ini.

7. Leo -Lelaki Leo sangat ego dan juga sangat tabah. Dia tidak akan cemburu kerana perkara yang remeh temeh. Dia tidak akan menyebabkan air muka dirinya jatuh kerana cemburu. Walaupun kekasihnya telah melakukan perkara yang membuatkannya marah, namun dia tetap akan mengekalkan perasaan yang tenang untuk berbincang dengan kekasihnya.

8.Virgo -Cemburu lelaki Virgo amat memeranjatkan. Lelaki Virgo tidak mempunyai hati yang lapang dan juga pemikiran yang luas. Cemburu telah menjadi perkara biasa dalam kehidupan pasangan ini. Walaupun dia amat mencintai kekasihnya, namun tetap bergaduh besar dengan kekasih kerana cemburu.

9.Libra -Lelaki Libra mementingkan imejnya yang bertatatertib. Disebabkan cemburu akan menjejaskan imejnya, maka dia rela mengekalkan penampilan yang baik. Sebenarnya dia tidak ingin menimbulkan perselisihan dengan kekasih akibat cemburu yang akan menjejaskan hubungan mereka.

10.Scorpio -Semakin mendalam cinta terhadap kekasih semakin kuat cemburu. Inilah yang boleh menggambarkan lelaki scorpio. Dia menghormati dan cinta sepenuhnya terhadap kekasih. Tetapi cemburunya juga tidak kurang. Sekiranya kekasihnya menunjukkan sebarang kemusykilan, maka dia akan menunjukkan cemburunya.

11.Sagitarius -Lelaki Sagitarius juga boleh cemburu. Namun cemburunya datang dengan cepat, pergi juga cepat. Dia selalunya cemburu sebelum mengenal pasti perkara sebenarnya. Apabila mengetahui hal sebenarnya cemburu pun reda. Tapi, apabila dia ada matlamat baru dia akan meninggalkan kekasih yang sering membuatnya cemburu.

12.Capricorn -Lelaki Capricorn mempunyai sikap yang pesimistik. Dia merasa rendah diri di dalam kehidupan. Apabila dia berasa cemburu, dia tidak akan tunjukkan pada kekasihnya sebaliknya akan mengeluarkan ketidakpuasan ini pada tempat lain seperti sukan atau di tempat kerja.

Petua Rumahtangga Bahagia

1- Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan, beriadah dan mandi bersama.

2- Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. Isteri yang penyayang akan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan.


3- Jaga agar mulut dan badan tidak berbau agar suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri.

4- Isteri yang hangat dan romantis sentiasa mengharapkan suaminya berada di rumah bersama-samanya.

5- Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan.

6- Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumah tangga.

7- Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu.

8-Kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung dan melahirkan anak.

9- Sekiranya berlaku penceraian (bagi pasangan Islam untuk talak satu dan dua saja) jangan mudah menghalau isteri keluar dari rumah sebelum habis edah kerana mungkin suami isteri berminat untuk bersatu kembali (rujuk).

10- Suami kena lebih mesra dengan keluarga mentua kerana sekiranya rumah tangga menghadapi masalah, ibu bapa mentua boleh membantu dari segi nasihat.

11- Suami jangan tumpu perhatian yang berlebihan kepada dunia luar berbanding keluarga sendiri.

12- Isteri jangan lebih banyak masa menyibukkan diri dengan dunia luar, seperti aktif dengan kegiatan persatuan, berpolitik atau terbabit dengan jualan langsung.

13- Sentiasa berlembut dari segi percakapan, layanan kepada pasangan dan pergaulan sesama ahli keluarga.

14- Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya berbanding apabila keluar rumah.

15- Menjawab setiap pertanyaan suami dengan lembut.

16- Pasangan tua, terutama isteri jangan terlalu rapat dengan cucu, tidur dengan cucu dan tinggalkan suami tidur sendirian.

17- Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri.

18- Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak. Suami disifatkan seperti matahari sentiasa panas, isteri bulan; cantik, lembut dan indah dipandang, manakala anak-anak pula umpama bintang iaitu sifatnya sebagai penghibur dalam rumah tangga.

19- Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walaupun masing-masing sudah berusia.

20- Anak-anak jangan dipaksa mengikut telunjuk dan kehendak ibu bapa tetapi beri mereka pilihan yang sesuai tetapi sentiasa awasi mereka.

21- Ketua rumah tangga yang bijak sentiasa ada perancangan jangka panjang untuk ahli keluarganya. Sama ada dari segi kewangan, pelajaran dan tempat percutian.

22- Keluarga Islam, pastikan sekurang-kurangnya dua waktu sembahyang berjemaah bersama-sama ahli keluarga - merapatkan hubungan dan kemesraan.

23- Jangan beri ahli keluarga makanan yang tidak halal atau diragui kehalalannya kerana bermula dari makanan membentuk air mani dan melahirkan generasi seterusnya.

Sumber Asmungi Sidek (Bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Selangor).

Wednesday, October 28, 2009

Honesty : The Key to a Good Relationship

"Honesty: The Key to a Good Relationship?by Susan Dunn, MA, The EQ CoachA coaching client recently told me, "I'm convinced if two people are totally honest, they can be married." As a dating coach for midlifers, I hear from a lot of folks who are dating. I also stay current with the dating scene on the Internet, and read the profiles people write. Men often say that "honesty" is crucial for a relationship, while women rarely do. Let's take a look at this.First I'm going to speculate as to why men say this andwomen don't, and then I want to talk about the place ofhonesty in a relationship.As we know from research, and such books as "If Men CouldTalk: Unlocking the Secret Language of Men," (http://www.amazon.com/exec/obidos/ASIN/0316178683/susandunnmome-20), by Alon Gratch, Ph.D., men, as a rule, have more trouble verbalizing emotions, something most of us would also agree is crucial to an intimate relationship. Not that we need to talk about emotions all the time, but that it's necessary to know what you feel and to be able to communicate it when necessary. It becomes particularly important when the relationship meets an impasse. You need to what the problemreally is. Are you picking on her about her outfit becauseyou haven't had sex in 4 days? Are you accusing him of ignoring you all the time, when really he does a fair job most of the time, but tonight you're hungry and tired?According to Emotional Intelligence research, men and women test the same overall, but men, on average, are not as empathic as women (Reuven BarOn). Simon-Baron, Cambridge professor of psychology and psychiatry agrees. His thesis in "The Essential Difference: The Truth About the Male and Female Brain," (a http://www.amazon.com/exec/obidos/ASIN/0738208442/susandunnmome-20) is: "The female brain is predominantly hard-wired for empathy. The male brain is predominantly hard-wired for understanding and building systems."Of course the "average" man, statistically speaking, is not necessarily the individual sitting in front of you. But where there's smoke there's fire.So why the male emphasis on "honesty"? And are theyreferring to honesty about thoughts, feelings, facts, orwhat? If what we're being honest about is "the truth," howwe feel is indisputable, and many facts are, but the truthof any given situation is relative, most of us would agree,or our relationships would not become the imbroglios they do"Mr. and Mrs. Smith does a great job or portraying marriage, and beings with him saying they've been married 5 years, and her saying "6". If there's an absolute truth ("reality"), it's of little use in human relations.Men engage more in what's called "selective remembering."He remembers the games he won, not the games he lost. He remembers when to change the oil in the car, but not his girl-friend's birthday. Selective listening may be part of it. He hears that the prime rate has gone down, but not that you'd like more time with him. I couldn't help wonder if this client would hear "honesty" if it were given."Honesty", I think, is a systems-word. Women, in their profiles, are more likely to focus on behaviors. "Nophilanderers," they say, and "no addicts." You see thedifference . if he's unfaithful and honest about it ,they're still not interested. Doh.Women use language to connect, and are more hard-wired for emotion. They enjoy experiencing it and talking about it, while men consider emotions a call to discharge by action. They are not as likely to use a verbal strategy to deal with a feeling.Women have a larger corpus callosum, so it's easier for usto talk about emotions. TALKING about a FEELING is multi-tasking, and one of the hardest things we ask our brains to do.Women also say thousands more words a day than men do. Testosterone causes silence. Men talk about facts and wantclarity and brevity. Women also, according to ReuvenBar-on, have a greater sense of social responsibility. Does this preclude honesty? When we meet for lunch, we greet each other as Nancy, and Kelly, and Meg. Men? Fatso, and Stupid and Loser. Are men being more "honest"? If so, are they being less socially responsible, i.e., not caring if they hurt the other guy's feelings? I can't imagine a man's feelings being hurt by that, yet no woman would greet another woman with Big Butt, Drama Queen, or Boobless Wonder, though they might think it.Would being 100% honest insure the survival of arelationship? No. The person might be "honest" about thefact that they could not live with you any more and werefiling for divorce. Do men say this because they'reattempting to systemize, with rules? Or because they'vefound women to be "dishonest"?I've heard more than one man say, "I don't know why she left me. I thought we had a perfect marriage. (Women divorce men more often than vice versa.) Variations include, "She was deceptive. I didn't know anything was wrong," and "She told me why she was leaving, but it doesn't make any sense." A plea for "honesty" might be a plea for comprehensibility.A female client told me she told her man, "I love but, you I don't like you right now." He said she was being dishonest, "because you can't be both at once". It didn't fit his system or either/or. Honesty, I think, or the reporting of it, requires clear, logical thinking. Who's clear and logical when fighting with a lover? Or listening to one?If you're a man, are you listening, as in hearing? Thismeans hearing the feelings, not assessing the facts. Ifyou're a woman, are you being clear? Women tend to knowsooner when a relationship is headed for trouble and attemptto address it. If you're a man, are you hearing this as"being told what to do"?I think this plea from men for honesty is a wish to be ableto understand the woman they love (and themselves in the relationship). They want facts and clarity. However, to understand others, you must first understand yourself, and this means feelings. Honesty, alas, begins at home.As a concept that I believe is both unachievable and potentially destructive, I tend to agree with Graham Greene: "The truth has never been of any real value to any human being - it is a symbol for mathematicians and philosophers to pursue. In human relations, kindness and lies are worth a thousands truths." It is nearly impossible for me to outright lie, about either a fact or a feeling, but I will at times do what the Arabs propose: "It is good to know the truth, but it is better to speak of palm trees." Discretion is the better part of valor.There's something else to consider about being honest:Whether it's true or not, it's true. As John Lilly said,"In the province of the mind, what one believes to be true either is true or becomes true."Now, what about total honesty between two people?Kindness may be of more value. Honesty should not be usedas the weapon it can be. One of the cruelest things we cando is to use an intimate revelation against the person whosaid it. We know how to hurt the people we love. It's partof our obligation as a decent human beings not to do this. "Better a lie that heals than a truth that wounds," say the Czechs.Should you be honest about your feelings? Yes . but. Let's say he wants sex and you don't. It's one thing to say, "I don't feel like it now. I had a terrible day at work," and even possible to say, "Not until you've taken a shower and put on some deodorant." But to say, "No, you're the worst lover I've ever had, and like you were saying about your ex-wife the other night ." That sort of "honesty" is inexcusable, and, if not true, soon will be.There's no easy solution to this. I researched the world's proverbs on this subject we all struggle with. Most were in the vein of "Whoever tells the truth is chased out of nine villages." (African). The Corsicans stood out: "He who tells the truth will never be unhappy," they say. Maybe the answer lies in the Arab proverb: "When you shoot an arrow of truth, dip its point in honey."An intimate relationship isn't a system, it's a dance, andthe music is emotions. Developing your EQ is essential, soyou can learn to know, manage and express your emotionsbetter, and to practice the competency of forgiveness, which will always be needed.Sometimes the most honest thing you can say is, "I don'tknow what to say now," and the most helpful thing you cansay is, "I love you." And keep in mind, to paraphraseThomas Leonard, we're all doing our very best, even when clearly we're not.Not what are you going to say, honestly, to your lovedone when she says, "Does my butt look fat in these pants?"and when he says, "Am I a good lover?" You can alwaysgot to a feeing, and here are some:I feel uncomfortable when you ask me that.I'm wondering why you ask.I love you.Let's talk about what you're really wanting to know.©Susan Dunn, MA, The EQ Coach, http://www.susandunn.cc . Coaching, Internet courses and ebooks around emotional intelligence for your personal and professional success. We coach and train EQ coaches internationally. Mailto:sdunn@susandunn.cc for information on this fast, affordable, comprehensive, no-residency program, arranged to fit your schedule. Coaching is the ideal profession. Email for FREE EQ ezine. Susan Dunn, MA, The EQ Coach, http://www.susandunn.cc . Coaching, Internet courses and ebooks around emotional intelligence for your personal and professional success. We coach and train EQ coaches internationally. Mailto:sdunn@susandunn.cc for information on this fast, affordable, comprehensive, no-residency program, arranged to fit your schedule. Coaching is the ideal profession. Email for FREE EQ ezine.Contact him at http://www.susandunn.cc