Tuesday, July 28, 2009


Cara Memilih Daging
1. Pilih daging lembu yang baru disembelih (cara islam)
Jika membeli daging import, jangan terus di simpan didalam peti sejuk, sebaliknya gantung daging untuk tujuan melembutkan serat-serat ototnya terlebih dahulu. Kemudian simpan dalam bahagian paling sejuk didalam peti sejuk. Pastikan daging dimasak, tidak lebih tiga hari daripada tarikh membeli.Daging digantung terlebih dahulu untuk tujuan melembutkannya. Contohnya, perhatikan daging-daging bagi tujuan eksport khasnya diluar negara. Daging akan digantung dalam bilik khas dalam jangka masa tertentu. Ia bertujuan meredakan kembali ketegangan serat otot lembu yang kejang akibat "ketakutan" ketika disembelih. Bagaimanapun mengikut hukum islam, terdapat bacaan dan cara penyembelihan tertentu yang mencegah daging menjadi liat.
Sekiranya membeli daging beku, pengguna tidak dapat menikmati kesegaran dan perisa semula jadi daging. Sebaliknya daging menjadi kering & liat. Ini disebabkan kehilangan air pada daging apabila proses melembutkannya dijalankan. Justeru itu, anda dinasihatkan mendapatkan daging segar yang baru disembelih untuk menjamin keenakannya apabila dimasak.

Cara Melembutkan Daging
Bagaimanapun daging yang liat masih bolih dilembutkan dengan pelbagai cara. Tetapi ingat, sebelum diperap atau direbus, biarkan daging setongkol untuk mengekalkan kandungan air didalamnya. Jangan dipotong-potong atau dikerat kebahagian yg lebih kecil kerana daging akan kecut dan hilang air dalam jumlah yang banyak.
Melembutkan daging secara tradisi.
Mengikut secara tradisi, sediakan sebiji betik atau nenas muda untuk daging lebih kurang 3 kilo. Kisar nenas atau betik. Perapkan bahan tersebut dengan daging tadi dan simpan selama sejam. Selepas itu, bersihkan daging dan bolihlah dipotong mengikut citarasa masing-masing.
Cara kedua, potong buah betik atau nenas. Kemudian rebus bersama dengan daging hingga mendidih. Angkat dan asingkan kedua-dua bahan tersebut. Setelah sejuk bolihlah dipotong mengikut kegemaran masing-masing. Melembutkan daging secara moden.
Rebus daging bersama-sama pati santan kelapa hingga mendidih. Untuk sekilo daging, gunakan sebiji kelapa. Selain mengempuk, daging juga lebih berasa lemak dan enak kerana telah diserap santan kedalamnya.
Terdapat cara lain melembut daging, kini menggunakan serbuk yang diperbuat daripada betik dan nenas yang bolih didapati disesetengah pasar raya.
Hilangkan Bau Daging
Cara pertama, dengan menggunakan tepung gandum, ataupun dengan perahan air asam limau nipis atau asam jawa. Selepas daging dipotong, masukkan sesenduk tepung dan gaul rata-rata. Biarkan 10 minit dan bersihkan daging semula.
Jika menggunakan teknik melembutkan daging dengan buah betik atau buah nenas, anda bukan ashaja mengempukkannya tetapi bau hanyir daging turut hilang.


Sumber : Website Petua

No comments:

Post a Comment