Secara logikalnya, bahan masakan yang baik adalah bahan mentah yang masih baru dan segar. Berikut adalah tips untuk memilih ;
1. Sayur-sayuran dan buah-buahan
Pastikan ia tidak layu, tidak kecut, bertukar warna atau berbau busuk
Lebih elok pilih sayur yang berlubang dimakan serangga kerana ia menunjukkan sayur itu kurang dicemari oleh racun perosak dan bahan kimia. Jadi ia lebih sesuai dan selamat untuk dimakan.
2. Ikan
Pilih ikan yang mempunyai kulit yang masih bersinar dan berwarna terang. Jangan pilih ikan yang kulitnya diselaputi lendiran yang tebal.
Pastikan ikan yang dibeli, matanya tidak tenggelam dan warnanya masih cerah.
Cuba lihat insang ikan berwarna merah cerah (ikan segar). Dan bukannya insang berwarna keperang-perangan atau kering.
Pastinya pilih lah ikan yang tidak berbau busuk
Cuba picit badan ikan yang ingin dibeli. Jika isinya masih pejal dan kenyal apabila dipicit, itu menunjukkan ikan tersebut masih segar.
3. Udang
Pilih udang yang mempunyai kulit yang cerah dan lut sinar, bukannya kulit yang dah ada tompok-tompok hitam.
Cuba picit kepala udang, kalau ianya masih keras dan tidak mengeluarkan lendiran yang banyak, itu bermakna udang itu masih segar.
Jangan pilih udang yang sudah berbau busuk.
Picit badan udang dan pastikan isi udang masih pejal dan kenyal.
4. Daging
Pastikan daging yang dibeli masih segar dan tidak berselaput.
Jangan beli daging yang sudah berbau busuk.
Pastikan warna daging masih merah
Jikalau daging itu sejuk dan ada ais, bermakna ia bukanlah segar sebaliknya ia sudah di ‘frozen’ (beku) kan.
5. Ayam
Pilih ayam yang tidak berbau busuk dan tidak bertukar warna.
Cuba lihat kepada kegemukan di bahagian dada dan kelicinan kulitnya. Jangan beli ayam yang terlalu gemuk.
Perhatikan juga lemak-lemak ayam terutamanya di bahagian bawah kulit. Jangan beli ayam yang mempunyai lemak yang berlebihan.
Adalah lebih baik untuk beli ayam yang baru disembelih di pasar. Ayam yang ada dijual di pasar raya mungkin telah di ‘frozen’ terlebih dahulu. Jadi ayam yang dijual di pasar raya besar, kebanyakan tidak lagi segar.
6. Telur
Pastikan telur yang dibeli tidak retak atau pecah kulitnya.
Pastikan juga telur yang dibeli tidak diselaputi najis yang berlebihan pada kulitnya.
Goncang dulu telur sebelum beli. Kalau isinya mampat tiada ruangan udara yang banyak, maka itu menunjukkan telur itu masih baru.
7. Bijiran, tepung, kacang atau beras
Cuba lihat betul-betul, ada atau tidak serangga atau bahan-bahan tercemar lain dalam beras, bijiran atau kekacang yang ingin kita beli.
Pastikan juga beras, bijirin atau kekacang yang dibeli tidak bercampur dengan gred bijiran/beras/kacang/tepung yang bermutu rendah.
Sumber : Dah X Ingat.Save dlm doc.
No comments:
Post a Comment