1. Sentiasa babitkan ahli pasukan anda ketika bercakap tentang sesuatu projek
Jangan terlalu menekankan fungsi anda dalam sesuatu projek berpasukan. Contohnya, kebanyakan siswazah akan berkata, Saya yang melakukannya, saya yang memulakannya. Hal ini sering menutup hati para penemu duga untuk terus berbual dengan anda.
Cara yang sebaik-baiknya bagi menangani hal ini ialah si pemburu kerja mesti menekankan dengan jelas matlamat yang telah dicapai oleh pasukannya dan tugasan yang telah dijalankan oleh setiap ahli pasukannya. Untuk menjadi seorang yang efektif, anda mestilah mempunyai semangat berpasukan.
2. Pamerkan komunikasi yang baik pada setiap peringkat
Majikan kadang-kadang berasa bimbang jika anda tidak dapat berkomunikasi dengan baik dalam kumpulan yang berbeza di tempat kerja, terutamanya dengan orang bawahan anda.
Oleh sebab itu, penemu duga suka bertanya cara anda akan memotivasikan pekerja yang bukan di bawah bidang kuasa anda. Hal ini akan memberi beliau petunjuk tentang cara anda akan melaksanakan tugas dalam sesebuah organisasi.
Penemu duga juga akan mengawasi interaksi anda pada sepanjang sesi temu duga. Contohnya, perbualan ringan antara penemu duga dengan anda akan memberi beliau petunjuk tentang kemahiran bersosial anda dan sama ada anda berminat untuk bekerja dalam organisasinya. Dalam perbualan ringan itu, penemu duga sering ingin tahu sama ada anda tahu tentang latar belakang organisasinya atau tidak dan sebab anda berminat untuk bekerja dalam organisasinya.
Cara anda berinteraksi dengan pekerja-pekerja lain di situ juga akan memberikan petunjuk kepada penemu duga anda tentang kemahiran berkomunikasi anda. Berbual seketika dengan penyambut tetamu semasa anda sampai di syarikat itu mungkin akan membantu anda mempamerkan kemahiran berkomunikasi dan bersosial anda. Hal ini kerana penemu duga mungkin akan meminta pandangan beliau atau pekerja-pekerja lain tentang cara anda berinteraksi.
3. Tunjukkan minat anda dengan bertanyakan soalan
Mengetahui terlalu sedikit tentang latar belakang organisasi memberikan petunjuk kepada penemu duga bahawa anda tidak membuat sebarang persediaan dan tidak berminat terhadap organisasinya. Hal ini menunjukkan bahawa sama ada anda merasakan diri anda terlalu besar buat organisasinya atau organisasinya terlalu kecil buat anda. Bertanyakan soalan yang bernas ialah satu cara yang baik untuk menunjukkan bahawa anda telah membuat persediaan. Pastikan bahawa soalan anda bernas kerana sesetengah soalan hanya akan menunjukkan anda tidak tahu langsung tentang latar belakang organisasi tersebut. Janganlah bertanya soalan yang mudah dijawab dengan hanya melayari laman web organisasi tersebut.
Bertanya soalan tentang budaya kerja di sesebuah organisasi akan menunjukkan bahawa anda mencari kerja yang sesuai dengan anda, dan bukan hanya kerana pekerjaan itu akan memberi anda pangkat yang tinggi dan gaji yang lumayan. Antara soalan bernas yang boleh anda tanyakan kepada penemu duga anda ialah: Apakah yang dapat seseorang lihat apabila dia berdiri di tempat letak kereta selepas tamat waktu bekerja? Soalan ini akan menunjukkan bahawa anda ingin tahu sama ada pekerja di organisasi itu akan balik dengan muka yang tertekan atau berbual-bual sesama rakan sejawat atau masih adakah lagi kereta di situ sehingga lewat malam? Soalan seperti ini ialah satu cara kreatif untuk anda mengetahui tentang budaya tempat kerja di organisasi tersebut.
4. Jangan terlalu fikirkan nama jawatan atau pangkat
Janganlah anda terlalu fikirkan nama jawatan atau pangkat anda di sesebuah organisasi itu. Kebanyakan penemu duga akan memilih calon yang lebih berminat untuk mengetahui tugas mereka dan bagaimana kerjaya mereka boleh berkembang bersama dengan organisasinya.
5. Tetapkan matlamat yang realistik
Janganlah anda terlalu berharap untuk menjawat jawatan yang tinggi pada permulaan kerjaya anda. Walaupun anda seorang graduan, anda mesti bersedia untuk memulakan kerjaya anda dari bawah. Banyak majikan menggalakkan siswazah berbincang dengan kaunselor kerjaya mereka supaya mereka mempunyai matlamat yang realistik terhadap kerjaya mereka apabila keluar dari
No comments:
Post a Comment