Friday, July 31, 2009

Penawar Pelbagai Penyakit - Susu Alpha Lipid Lifeline

SUSU ALPHA LIPID LIFELINE (KOLOSTRUM)




Pernah dengar Susu Alpha Lipid Lifeline?
Knpkah dia dikatakan sebagai penawar pelbagai jenis penyakit?
Apa yang terkandung di dalamnya?

PENEMUAN TERBARU KEPADA PELBAGAI JENIS PENYAKIT.
TERBUKTI BERKESAN MEMBANTU MENYELESAIKAN PELBAGAI PENYAKIT.




Adakan Anda @ Orang di sekeliling anda mengalami salah satu dari penyakit di bawah ??







KEBAIKAN YG DIPEROLEH DR SUSU ALPHA LIPID :






Vitamin-vitamin yg terkandung di dalam Alpha Lipid :






PROSES PEMULIHAN
Kolostrum Alphalipid merupakan makanan tambahan bukan toksik, bukan alergik dan tidak bertindakbalas dengan makanan tambahan serta dadah lain. Walau bagaimanapun sesetengah orang akan mengalami beberapa reaksi atau tindakbalas yang positif semasa proses pemulihan seperti:







CARA PENGAMBILAN :
Minggu Pertama : 1/2 skup sehari
Minggu kedua dan Seterusnya : 1 hingga 2 skup sehari
Diambil sebelum sarapan pagi ketika perut kosong.

Pesanan :
JANGAN GUNA AIR PANAS gunakan air sejuk atau air mineral
Air panas akan merosakkan Kandungan Susu.
Sesuai diambil oleh semua peringkat umur termasuk
ibu mengandung dan bayi.


BELI 1 SEKARANG
MENCEGAH LEBIH BAIK DR MENGUBATI !!


PESANAN DAN CARA BAYARAN
1. BUAT BAYARAN KE BANK :

No. A/c : 159012719073
Name : ARINA BINTI ADNAN

2. Hantarkan butiran-butiran dibawah melalui SMS atau email selepas membuat bayaran.
* Nama bank , masa , jumlah bayaran dan tarikh transaksi
* Nama Penuh anda
* Alamat Penuh anda
* No. Telefon anda

No Telefon : 016-2035352(Joe) 019-2878384(Riena)
Email : aerina85@yahoo.com

Wednesday, July 29, 2009

TEPUNG SERBA GUNA
Tepung serba guna yang sesuai untuk sebarang jenis masakan. Secara lazimnya, kita menggunakan tepung gandum (biasa) kerana lebih mudah didapati.

TEPUNG BERPROTEIN TINGGI
Tepung berprotein tinggi untuk membuat roti kerana daya menganjalnya agak tinggi, jadi lebih sempurna setelah diadun dengan yis. Tepung ini mempunyai tahap glutin yg tinggi.

TEPUNG BERPROTEIN RENDAH
Tepung berprotein rendah pula adalah lebih sesuai untuk dibuat kuih pau dan seumpamanya.

TEPUNG GANDUM
Tepung gandum biasa yang banyak dipasarkan secara komersial. Fungsinya serupa dengan tepung serbaguna.

TEPUNG KRIMER
Krimer adalah seperti susu (berlemak tambahan) yang sering dibubuh ke dalam minuman seperti Nescafe atau teh. Boleh dibeli di dalam pek atau di dalam botol sebagai Non-Dairy Creamer. Yang dimaksudkan di sini, adalah tepung susu daripada jenama “Carnation”.

TEPUNG NAIK SENDIRI/SELF RAISING FLOUR
Tepung naik sendiri atau juga dipanggil tepung berserbuk penaik mempunyai kandungan serbuk penaik serta sedikit soda penaik (baking powder / soda bicarbonate). Tepung jenis ini banyak dijual di pasaraya. Namun jika tiada, ayak 250 gm tepung gandum dengan 1 sudu makan (rata) serbuk penaik. Hasilnya tetap sama.

TEPUNG SUPERFINE atau SOFT FLOUR
Superfine sama dengan flourcake flour.Tekstur Tepung ini halus,seperti self raising flour tapi tiada bahan penaik didalamnya seperti self raisingflour.Tepung nie dikotegeri dalam tepung low protien.

TEPUNG ROSE atau TEPUNG BISKUT
Rose Flour ada mengandungi bahan yg boleh merangupkan biskut tetapi anda tidak perlu mengurangkan penggunaan tepung jagung jika sukatan tepung jagung
itu tidak terlalu banyak. Biskut yg diperbuat dengan Rose Flour akan menjadi lebih rangup jika dibandingkan dengan biskut dari tepung gandum.Tepung Rose juga dikenali sebagai Tepung Top dan Tepung cookies.Elok kalau dibuat Biskut Almond London.

TEPUNG HONG KONG
Tepung Hong Kong juga dikenali sebagai Water Lily Flour, iaitu sejenis tepung yang sangat putih sering kali digunakan untuk membuat pau. Sesetengah kedai membekalkan peralatan kek atau biskut tidak menjual tepung jenis ini kerana ia mudah rosak (sama ada berkutu atau berkulat). Sebagai gantinya, gunakan tepung pau di dalam kotak (jenis Blue Key atau jenama lain yang bersamaan nilai-nilai protein di dalamnya) walaupun hasilnya mungkin tidak serupa tetapi rasanya tetap serupa.

TEPUNG PULUT
Glutinous rice flour ialah tepung pulut (berwarna putih) dan diimpot dari negara jiran, Thailand. Plastik pembungkusannya hampir sama dengan plastik tepung beras jadi, jangan terkeliru. Dihasilkan dengan teknologi moden sehingga semua kandungan khasiat yang ada pada beras tidak hilang.
Tepung ini mengandungi 100% beras merah asli. Yang dimaksud dengan beras merah bukanlah beras itu berwarna merah, sebaliknya beras yang telah dibuang bahagian merah pada mata padinya. Selain kaya dengan vitamin E dan B serta mudah dicerna, pengidap penyakit kencing manis dan ibu mengandung, sesuai mengamalkannya.

TEPUNG WHOLEMEAL atau TEPUNG ATTA
Tepung gandum tulen yang mengandungi serat gandum yang tidak hancur. Tepung ini tidak boleh diayak dan jika digunakan, hasil roti atau muffin agak berat (heavy-textured).

TEPUNG HOEN KWEE
Tepung hoen kwee digunakan untuk buat kuih muih bagi sesetengah masyarakat. Namun di pasaran teoung jenis ini mempunyai pelbagai jebis warna pembungkusnya. Plastik berwarna oren mempunyai adunan tepung kekuningan (pastel yellow).
Manakala plastik hijau mengandungi adunan tepung kehijauan (pastel green) tetapi anda perlu mencampurkannya dengan jus pandan dan beberapa titik pewarna hijau untuk mendapatkan warna yang terang. Sementara plastik biru mengandungi adunan tepung putih. Gunakanlah mengikut kesesuaian anda.

TEPUNG KASTAD
Selain mewangikan, tepung kastad akan membuat tekstur kek lebih rapat. Anda boleh gantikan tepung kastad dengan tepung gandum jika suka. Bagaimanapun untuk mendapatkan kek yang lebih gebu, gantikan juga tepung gandum dengan tepung naik sendiri dan lihatlah hasilnya.

TEPUNG UBI
Tepung kanji adalah teoung ubi kayu (lebih meliatkan adunan) namun bagi sesetengah tempat, biasa juga menggantikannya dengan tepung sagu (sago flour).

TEPUNG JAGUNG
Tepung jagung fungsinya memang memekatkan walaupun agak berbeza dari penggunaan tepung ubi.


TEPUNG NAIK SENDIRI
Tepung naik sendiri adalah SELf-RAISING FLOUR atau ‘Flour with Added Raising Agent’. Tepung naik sendiri mempunyai kandungan serbuk penaik serta sedikit soda penaik (baking powder and/or soda bicarbonate)

TEPUNG GLUTINOUS RICE
Glutinous rice flour ialah tepung pulut (putih) yg dijual di merata kedai (termasuk kedai mamak). Ia diimport dari Thailand. Plastik pembungkusnya hampir sama dengan paket rice flour (tepung beras), jadi, jangan terkeliru.

TEPUNG BERAS
Terdiri dari gluten-free, dibuat dari beras yang dimesin halus. Banyak digunakn dalam membuat kueh ttradisional [kueh apam, lapis, talam] dan juga sebagai bancuhan gorengan kueh, Juga untuk pembuatan bihun dan laksa.

TEPUNG SAGU
Terdiri dari tepung yang gluten-free. Dibuat dari bagian tengah pohon sagu.
Batang pokok sagu dikisarkan dan direndamkan supaya sagunya mendap. Mendapan ini dikeringkan dan dijadikan tepung. Selalunya digunakan dalam membuat bubur, lempeng, keropok.

TEPUNG KEK
Tepung kek atau cake flour tidak banyak bezanya dengan superfine flour (boleh dibeli di dalam kotak) tetapi, anda akan dapat hasil yg agak sama jika anda mengayak tepung gandum sebanyak 3 kali.

TEPUNG OPTIMA
Tepung Optima adalah sejenis tepung yang mengandungi gula di dalamnya.
Tepung Optima ini adalah tepung yang telah siap sedia untuk kita menyediakan Kek Sponge. Apa yang perlu kita buat adalah hanya masukkan telur, air mentega dan tepung optima. Pukul adunan itu semua dengan mixer sehingga adunana menjadi pekat dan likat. Kemudian ia sedia dibakar.

TEPUNG KACANG HIJAU
Selalu digunakan untuk membuat kueh koleh kacang dan kueh tepung gomak. Terhasil dari kacang hijau yg digorengkan tanpa minyak, kemudian dibuangkan kulitnya dan dikisarkan menjadi tepung. Banyak dijual di kedai dalam paket bewarna agak kekuningan. Tepung ni berbeza dari tepung hoen kwee [juga tepung kacang yg diimpot dari Indonesia untuk membuat kueh tako.]

TEPUNG BISKUT MARIE
Sejenis tepung ygg selalu digunakan dalam pembuatan kek lapis. Ia terhasil daridapa biskut marie yg dikisar halus dan diayakkan. Ulangi mengisar sehingga betul-betul halus.

Sumber : Hanieliza/Fotopages

Tuesday, July 28, 2009


Cara Memilih Daging
1. Pilih daging lembu yang baru disembelih (cara islam)
Jika membeli daging import, jangan terus di simpan didalam peti sejuk, sebaliknya gantung daging untuk tujuan melembutkan serat-serat ototnya terlebih dahulu. Kemudian simpan dalam bahagian paling sejuk didalam peti sejuk. Pastikan daging dimasak, tidak lebih tiga hari daripada tarikh membeli.Daging digantung terlebih dahulu untuk tujuan melembutkannya. Contohnya, perhatikan daging-daging bagi tujuan eksport khasnya diluar negara. Daging akan digantung dalam bilik khas dalam jangka masa tertentu. Ia bertujuan meredakan kembali ketegangan serat otot lembu yang kejang akibat "ketakutan" ketika disembelih. Bagaimanapun mengikut hukum islam, terdapat bacaan dan cara penyembelihan tertentu yang mencegah daging menjadi liat.
Sekiranya membeli daging beku, pengguna tidak dapat menikmati kesegaran dan perisa semula jadi daging. Sebaliknya daging menjadi kering & liat. Ini disebabkan kehilangan air pada daging apabila proses melembutkannya dijalankan. Justeru itu, anda dinasihatkan mendapatkan daging segar yang baru disembelih untuk menjamin keenakannya apabila dimasak.

Cara Melembutkan Daging
Bagaimanapun daging yang liat masih bolih dilembutkan dengan pelbagai cara. Tetapi ingat, sebelum diperap atau direbus, biarkan daging setongkol untuk mengekalkan kandungan air didalamnya. Jangan dipotong-potong atau dikerat kebahagian yg lebih kecil kerana daging akan kecut dan hilang air dalam jumlah yang banyak.
Melembutkan daging secara tradisi.
Mengikut secara tradisi, sediakan sebiji betik atau nenas muda untuk daging lebih kurang 3 kilo. Kisar nenas atau betik. Perapkan bahan tersebut dengan daging tadi dan simpan selama sejam. Selepas itu, bersihkan daging dan bolihlah dipotong mengikut citarasa masing-masing.
Cara kedua, potong buah betik atau nenas. Kemudian rebus bersama dengan daging hingga mendidih. Angkat dan asingkan kedua-dua bahan tersebut. Setelah sejuk bolihlah dipotong mengikut kegemaran masing-masing. Melembutkan daging secara moden.
Rebus daging bersama-sama pati santan kelapa hingga mendidih. Untuk sekilo daging, gunakan sebiji kelapa. Selain mengempuk, daging juga lebih berasa lemak dan enak kerana telah diserap santan kedalamnya.
Terdapat cara lain melembut daging, kini menggunakan serbuk yang diperbuat daripada betik dan nenas yang bolih didapati disesetengah pasar raya.
Hilangkan Bau Daging
Cara pertama, dengan menggunakan tepung gandum, ataupun dengan perahan air asam limau nipis atau asam jawa. Selepas daging dipotong, masukkan sesenduk tepung dan gaul rata-rata. Biarkan 10 minit dan bersihkan daging semula.
Jika menggunakan teknik melembutkan daging dengan buah betik atau buah nenas, anda bukan ashaja mengempukkannya tetapi bau hanyir daging turut hilang.


Sumber : Website Petua

Friday, July 24, 2009

I AM SORRY

Pada satu ketika, ada satu pertandingan untuk orang ramai menunjukkan kehebatan masing masing menggunakan senjata. Ada 2 peserta yang dapat masuk akhir, Zorro ngan Robin Hood. Mereka berdua pun masuk dalam hutan untuk berjalan jalan sambil mencari idea untuk pertandingan mereka. Sedang berjalan jalan, mereka terjumpa seorang perempuan dari kaum orang asli yang sungguh cantik. Mereka berdua sepakat untuk bertarung dan siapa yang menang akan dapat perempuan tersebut. Mereka pun memanggil perempuan tersebut dan meletakkan sebiji epal d iatas kepala perempuan itu. Memula Zorro nak mulakan pertandingan. Dia pun bergerak sejauh 50 meter dari perempuan itu dan membaling PEDANG nya kearah epal diatas kepala perempuan tu. Zuuupppp, terbelah dua epal tu. Perhgggg, dengan bangganye, si Zorro jerit... "I AM ZORRO....."Kemudian giliran Robin Hood plak. Dia mengambil jarak 100 meter. Kemudian menggunakan ANAK PANAH nye. Zuuupppp, terbelah dua epal yg baru diletak atas kepala perempuan asli tu. Dengan jobonye jugak.... si Robin Hood kata.... " I AM ROBIN HOOD............"Sedang mereka bertarung, lalu lah seorang penduduk lelaki orang asli disitu. Dia merasa tercabar kerana dengan senang lenang nye pompuan kaum dia nak kena kawin ngan orang luar. So, atas rasa tanggungjawab, dia pun masuk pertandingan tu jugak. Dengan menggunakan sumpit dan jarak 150 meter, kini giliran orang asli tu plak. ZZZZUUUUUPPPPP.............!!!! PPRRAAPP. Kena kepala pompuan tu dan mati. Dengan selamba orang asli tu kata....... ......"I AM SORRY....!!"


Sumber : Email

Monday, July 20, 2009

New Niece

-=New niece=-®
Name : Dunno Yet..
D.O.B : 18th July 2009
P.O.B : Prince Court Medical Centre



2 Pic ni dicurik dr blog my sis in law.hihihi...geram jerk kat baby
nih
Ada chinese look sikit2..Mcm abg dia yg sulung.Hidung kembang jgk.Sebijik mcm
bapak n abg dia..

Friday, July 17, 2009

Amalan Ketika Mengandung

Di antara amalan yang sunat dilakukan ketika sedang hamil ialah dengan memperbanyakkan membaca ayat-ayat suci al-Qur'an, beristighfar dan berwirid setiap kali selepas mengerjakan sembahyang.

Di antara surah-surah yang digalakkan dibaca ialah:

a) Surah Yaasiin, kerana ia mempunyai banyak fadhilat.
b) Surah Yusuf, agar mendapat anak yang saleh, sempurna dan mempunyai rupa paras yang elok.
c) Surah Luqman, agar mendapat anak yang taat kepada kedua ibubapa.
d) Surah Maryam.
e) Surah at-Taubah.
f) Surah al-Ikhlas.

Sementara wirid-wiridnya pula ialah:

1.

2.

AMALAN SEMASA HAMPIR BERSALIN:

Untuk memudahkan ibu-ibu yang hendak bersalin, hendaklah banyak membaca surah-surah seperti berikut:

  1. Surah al-Fatihah.
  2. Surah al-Nahl ayat 78.
  3. Surah al-Hasyr, Ayat 21.
  4. Selawat Syifa:

  5. Do'a:
    Ertinya: "Ya Allah! Dengan hak Maryam, juga dengan hak hamba yang diturunkan kepadanya surah Maryam, ringankanlah daripadanya (nama pesakit dan ibunya penderitaan bersalin, dengan rahmatMu wahai Tuhan yang amat mengasihani dari segala-galanya."

  6. Wirid:

    Ertinya: "Tuhanku, permudahkanlah dan jangan kau sukarkan, kerana sesungguhnya memudahkan sesuatu itu mudah bagiMu. Tuhanku sempurnakanlah dengan kebaikan."

  7. Dan sunat memperbanyakkan membaca do'a Nabi Yunus (Surah al-Anbiya ayat 87):

    Tafsirnya: "Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah!) Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri."

  8. Disunatkan juga memperbanyakkan do'a menghilangkan kebimbangan dan ketakutan:

    Bagi ibu-ibu yang sukar bersalin:

    Dibaca pada air kemudian diminum dan disapukan pada mukanya insya Allah mudah bersalin dengan izin Allah.

    Ayat yang dimaksudkan ialah:

    Dan disambung dengan surah al-Hasyr ayat 21-24 (sebagaimana yang disebutkan di atas) dan ditambah dengan:

    Dan satu cara lagi sebagaimana kata Ibni Abbas Radhiallahu' Anhuma, jika seorang perempuan susah hendak bersalin maka hendaklah dituliskan pada satu kertas dan direndamkan kemudian diberi minum dan disapu pada mukanya insya Allah mudah bersalin, iaitu:

    Ditambah dengan:

    Sementara bagi orang yang berada disamping perempuan yang hampir melahirkan itu disunatkan membaca ayat-ayat berikut untuk membantu memudahkannya bersalin. Di antara ayat-ayat tersebut ialah:

    i. Ayat al-Kursiy dalam surah al-Baqarah ayat 255.
    ii. Surah al-A'raf ayat 54-55.
    iii. Surah al-Falaq dan an-Nas:

    Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Sunni daripada Fatimah Radhiallahu Anha:

    Maksudnya: "Apabila dia (Fatimah) telah hampir melahirkan, Rasullullah telah menyuruh Ummu Salamah dan Zainab bte Jahash agar datang melihat Fatimah, maka Rasullullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam membaca ayat al-Kursiy dan surah al-A'raf di sisi Fatimah dan memohon perlindungan daripada Allah dengan membaca surah al-Mu'awidzatain." .

Tuesday, June 30, 2009

Port Dickson


Meh2..Kita Tgk JuNe's XtVt's
Venue : Port Dickson
Date : 27 June 2009 - 28 June 2009
With : Sterling Insurance Broker Family's



Ni masing2 tgh menunggu ketibaan STERLING's Family yang lain2..nak main gokart..Biasa la kalo dah bwk anak2,1 keluarga...Ada la yang lambat.Takpe,kitorang Setia MENUNGGU di sini..

Ni pun dalam penantian lg..


Haaa...Nampak tu...Kete2 'sport' yang bakal kitorang race japgi


The Only Lady in the middle of gentlemen's racing..


Tgklah gaya diorang...Mcm??

Jangan ingat tak laju tau..Nampak je drive cam relax tu..Tp hadlaju nya 280km/j..Ada brani?Meh aa join race skali..

2nd Runner Up among guys..

Bila nak abis ni??


Mana yang lain2??Semua jd photographer tak bertauliah...
-= Lepas race gokart...Xtvt seterusnya untuk petang tu..ValleyBall.=-


Kitorang nye group x cukup orang..


Try 'serve'....



Haa...Mana pegi bola ni??




Kejar2...Jangan tak kejar bola tu.Kang 'group ladies' dapat mata.

-=27 June 2009 - BBQ Nite..=-
Masing2 sedang berusaha nak menyalakan api utk bbq


Senyum aje semua.Jaga2 jangan sampai hangus pulak daging2 tu.


Yang pompuan2 ni semua tgh rancak berborak...

Shahrul,Shahril & Halim...Masing2 sibuk membakar sosej,daging kambing,ayam n etc...

My husband...Pandai plk ber'bbq' ni.



Nak buat pe tu cik abg???


Nyum !! Nyumm...Sedapnye Daging kambing ni.


-=28 June 2009 - @ Beach=-

Ladies group on d' Banana Boat


Tgk tu...Sempat lagi ber'posing'.Mcm2 gaya ada..


Ready...Japgi sume nak kena baling dalam air...




My husband rent a canoe.Rm15/hour.



Dah nak terlanggar orang berkayak sorg2..

Me n My BeloVed Husband Berkayak..Kitorang berkayak tak sampai sejam pun.Sbb tengok yang lain semua dah balik.Lepak kat pool pulak.
:That's all for myXtvt in JuNe '09 with my husband's colleagues..Really Have Fun there.

Thursday, June 18, 2009

Nasihat Kehidupan

1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do'a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK.
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.
Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda, tetapi cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita

12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

14.KETIKA MENDIDIK ANAK
Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak ....

15.KETIKA ANAK BERMASALAH
Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.

16.KETIKA ADA PIL.
Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.

17.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS
Gunakanlah formula 7 K
1 Ketaqwaan
2 Kasih sayang
3 Kesetiaan
4 Komunikasi dialogis
5 Keterbukaan
6 Kejujuran
7 Kesabaran


Sumber : Email
DURIAN BELANDA BOLEH MERAWAT PELBAGAI PENYAKIT

RAMAI yang tidak tahu batang, akar, biji dan buah durian belanda (annona muricata, keluarga annona) mempunyai banyak khasiat untuk kegunaan perubatan tradisional dan moden.

Kajian Universiti Hawaii dan Universiti Purdue mendapati durian belanda yang buahnya berkulit lembut, durinya agak jarang yang tidak tajam, mampu merawat dan mengelakkan seseorang daripada mendapat kanser dan menyuburkan pasangan yang inginkan zuriat.Penduduk di banjaran Andes, Peru , membuat serbuk teh daripada daunnya untuk mengubati sakit kerongkong. Bijinya ditumbuk halus khusus untuk membunuh parasit di dalam tubuh manusia seperti cacing.Sementara penduduk Amazon menggunakan bahagian akar, kulit dan daunnya,dipercayai boleh mengubati kencing manis. Begitu juga, suku Orang Asli di Guyana membuat serbuk teh daripada daun dan kulit pokoknya untuk dijadikan tonik minuman bagi membantu mengatasi masalah jantung dan penyakit hati.Mereka juga mendapatkan minyak daripada daunnya atau buahnya yang masih muda lalu dicampurkan dengan minyak zaitun untuk kegunaan luaran bagi mengatasi masalah sakit sendi dan sengal-sengal anggota tubuh.Di Jamaica , Haiti dan India Barat, buahnya dan air perahan durian belanda diminum sebagai ubat demam, membunuh cacing di perut kanan-kanak dan ubat cirit-birit.Kulit pokok ini juga dipercayai sesuai untuk membantu mengubati penyakit jantung dan batuk di samping membantu mengembalikan kesuburan pasangan yang sukar mendapatkan anak.

Kegunaan lain ialah sebagai ubat malaria dan ulser perut. Khusus bagi ibu yang baru melahirkan anak, wanita Suku Asli Guyanadigalakkan meminum jus atau memakan terus buahnya bagi meningkatkan pengeluaran susu badan di samping mengelakkan masalah ketegangan.Dari segi perubatan moden, kajian kedua-dua universiti mendapati, bahan yang terkandung di dalam buah durian belanda ini boleh digunakan sebagai aktibakteria, antikanser, antitumor, astrigen dan penyakit saraf. Durian belanda mengandungi bahan amyloid, asid sitrik, fruktosa, manganese, sukrosa, reticuline dan tannin.


Sumber : Email

Saturday, June 13, 2009

Birth Sign

Sign: Capricorn
English Name: The Sea-goat
Element: Earth

The Capricorn person is prudent, responsible, realistic, formal, patient, methodical, disciplined, traditional, cautious, conventional, hard-working, persevering, self-reliant, ambitious, businesslike, career-oriented, authoritative, conscientious, and competent.

They can also sometimes be rigid, suspicious, status-seeking, demanding, insensitive, inhibited and saturnine. Suitable occupations are where responsible, patient and economising qualities can be exercised; such as scientist, engineer, manager, civil servant, mathematician, farmer, builder, politician, director.

In medical astrology Capricorn governs the knees and skeleton. In astrology Capricorn is ruled by the planet Saturn. The sun sign dates for Capricorn are December 22 - January 19. The earth form of Capricorn is hard cold winter grounds or mountains.