UMUR | PERGERAKAN | PERTUTURAN DAN PENDENGARAN | KEMAHIRAN TANGAN | KEMAHIRAN SOSIAL | PERKEMBANGAN MINDA |
0-3 BULAN | 3 bulan: Bayi boleh mengangkat kepala. | Bunyi mendengus kecil, seakan bercakap lembut, selepas 2-3 bulan. | Boleh memegang ‘rattle’ selepas 3 bulan. | Berkomunikasi dengan tangisan. 6 minggu : Senyum. | Belajar tentang pergerakan, suka memerhati tangan sendiri, mengikut arah bunyi/ objek. |
3-6 BULAN | 4-5 bulan: Boleh mengangkat kepala bila ditiarapkan. 5-6 bulan: Berguling. 6 bulan: Duduk dengan sokongan. | Membuat bunyi jeritan riang yang pendek. 6 bulan : ‘Membuat belon’. | 4 bulan: Menggoncang ‘rattle’. 6 bulan: Memindahkan objek dari sebelah tangan ke sebelah lain. | 6 bulan: Mula ‘kenal orang’, menyapa anda dengan menyentuh muka anda, tahu jika anda marah/gembira. | 4 bulan: Rasa ingin tahu. Suka meneliti sesuatu objek. 4-5 bulan: suka warna terang. |
6-12 BULAN | 8 bulan : Duduk sendiri 8 bulan : Merangkak 11-12 bulan : Berpusing mengelilingi perabut. | 6-8 bulan: menyebut ba dan ma. 8-10 bulan: dua sukukata seperti baba, mama. 12 bulan: menceceh. | 8 bulan: Menjatuhkan dan mengutip mainan, makan makanan jejari. 12 bulan: Mengutip objek kecil seperti kismis. | 8-10 bulan: Seronok dengan lawak anda. 12 bulan: Memeluk dan memegang anda. 7-8 bulan: Suka bermain ba cak. | Berminat dengan buku. Tahu namanya. Suka meniru. 10 bulan: Pandai menunjuk objek. |
12-24 BULAN | Belajar keseimbangan dan berjalan. 14-18 bulan: boleh berjalan sendiri. 18-24 bulan: berlari, jalan mengundur, memanjat tangga. Menyepak bola dan menggoyangkan badan apabila mendengar muzik. | Menunjuk kepada anggota badan/ gambar di buku apabila ianya disebut. Boleh menerima arahan mudah (“ambil baju”). Faham soalan mudah (“mana ayam?”) Mendengar cerita mudah. Bertanya 2 patah soalan (“mana bola?”) | Menconteng dengan pen/pensil/krayon. Menyusun blok. Boleh menggunakan sudu dan garfu. Boleh menanggalkan kasut dan stokin. | Suka cabaran. Ibubapa idola mereka. Malu dengan orang asing. Mungkin ada objek kesukaan seperti bantal busuk, anak patung. Lebih sensitif kepada emosi orang lain. | Suka mendengar anda menyanyi dan cuba untuk turut serta. 18-24 bulan: Kurang tidur, berjaga lebih lama, lebih peka. 24 bulan: Bersedia untuk latihan ke tandas. |
Maklumat ini adalah umum. Jangan lupa membawa anak anda ke klinik untuk maklumat yang lebih khusus kepada perkembangannya.
No comments:
Post a Comment