SUSU ibu adalah makanan yang terunggul bagi bayi kerana ia mengandungi semua keperluan untuk tumbesaran bayi yang optimum. Bagaimanapun, bagi memastikan bayi menikmati kadar tumbesaran yang bersesuaian, ibu bapa dinasihatkan memberikan si kecil makanan pejal khusus untuk keperluan bayi bermula pada usia enam bulan. Memberikan bayi makanan sebelum usia itu tidak digalakkan kerana pemberian susu ibu termasuk yang dicampur dengan pengambilan susu formula sudah memadai. Malah, kajian mendapati sebelum berusia enam bulan, penghadaman bayi belum sesuai untuk makanan selain susu. Bagaimana corak pemakanan yang bersesuaian untuk bayi pada peringkat umur berkenaan? Makanan awal yang selalu disyorkan ialah bijirin beras ditambah zat besi khas untuk bayi sebab ia mudah dicerna. Pengurus Perniagaan Negara Nestle Nutrition, Norean Sayers, berkata pemakanan bayi tidak boleh dipandang ringan kerana tumbesaran setiap kanak-kanak berkait rapat dengan pengambilan makanan seimbang yang bersesuaian dengan setiap peringkat umur. \"Dari usia enam bulan, perlindungan daripada ibu kepada si manja mulai berkurangan. Sistem pertahanan semula jadi si manja mulai lemah ketika usia ini. Bijirin bayi yang bersesuaian dengan tahap umur bayi berkenaan harus difahami setiap golongan ibu. Pendedahan mengenai pemakanan bayi yang bersesuaian harus diperkenalkan,\" katanya Norean berkata, menyedari pendedahan yang kurang mengenai asas penting dalam pemakanan bayi, Nestle mengadakan satu pameran bas bergerak yang dinamakan Bas Dunia Si Manja merentasi kawasan luar bandar di seluruh negara. Program itu bertujuan memberi pendedahan pembelajaran kepada golongan ibu terutama di luar bandar yang mana mereka boleh mendapatkan maklumat mengenai empat tahap perkembangan pemakanan anak, dan kepentingan BL Bifidus, probiotik yang baik untuk bayi. Pelbagai kajian dilakukan Nestle membawa kepada pengenalan bijirin bayi Nestle Cerelac yang menyediakan asas pemakanan bayi membabitkan empat tahap atau peringkat utama asas pemakanan bayi. Bijirin bayi dengan BL Bifidus membantu si manja mengekalkan sistem penghadaman yang baik, menyokong penyerapan nutrien penting yang optimal, seperti zink, zat besi dan vitamin A serta C yang membekalkan kebaikan semula jadi diperlukan untuk tumbesaran. Tahap pemakanan bayi berbeza mengikut peringkat umur bayi. Mereka mula diperkenalkan dengan makanan pejal selepas mencapai peringkat umur enam bulan ke atas diikuti lapan bulan ke atas dan satu tahun ke atas. Pada tahap ini corak pemakanan mereka berbeza mengikut peringkat umur. INFOTahap Satu - Enam bulan ke atas
|
Source : Berita Harian |
I love to read and collect all kinds of info from the internet.I keep all this info for myself as a reference in future and also to share some of it with u 'ols.Besides, some business ads for us to explore and operate (if interested).
Friday, July 9, 2010
Tahap Pemakanan Bayi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment